Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menitipkan ucapan istimewa buat usahawan, Datuk Seri Vida sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-55.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Adakah Kami Bakal Disatukan? Itu Memang Doa & Harapan’ – Fazley Yaakob
‘Happy birthday sayang’

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley meluahkan rasa syukur kerana dapat mengenali hati budi Vida yang disifatkannya sebagai insan istimewa dan sentiasa menceriakan kehidupannya.
Malah, Fazley turut meluahkan hasrat untuk membawa hubungan cinta mereka ke jinjang pelamin dan berharap segala urusan menuju alam perkahwinan dipermudahkan.
Happy birthday sayang. Jujur ambo royak, ambo rasa bertuah sayangkah bidadari hok paling comel lotey dan selalu ceriakan hidup ambo.
Tok sabar rasanya nak sehidup semati. Ambo sayang awak ketak-ketak. Semoga dipermudahkan urusan kita ke pelamin.
Dalam perkongsian sama, Fazley turut menegaskan kesungguhannya untuk menjaga Vida dengan baik serta berjanji untuk sentiasa berada di sisinya.
Abang nak jaga sayang molek-molek, nak tengok Sayang senyum sokmo. Susoh senang, kita hadap samo-samo. I love you, sayang.
Sumber: Threads
The post Fazley Titip Ucapan Birthday Kepada Vida – ‘Tak Sabar Nak Sehidup Semati, Semoga Dipermudah Urusan Naik Pelamin’ first appeared on OHBULAN!.





