Gabungan barisan artis tempatan telah mewarnai Konsert Cuckootopia 12th Anniversary yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Rangkul Trofi Utama Anugerah Melodi Terhangat, Ini Senarai Penuh Pemenang
Artikel Berkaitan: AMT2026 Kembali Dengan Barisan Artis Popular, Lee Junho Bakal Gegarkan CUCKOOTOPIA!
Lengkap pemenang AMT2026

Konsert itu menampilkan barisan penyanyi popular termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mimifly, Ella, Jeryl Lee, ALPHA, Hujan, Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Firdaus.
Antara persembahan yang mencuri tumpuan ialah kolaborasi Siti Nurhaliza bersama Firdaus menerusi lagu Be Like Water, sebelum Biduanita Negara itu menyampaikan Kesuma dan Menamakanmu Cinta.
Selain itu, Siti turut bergandingan dengan Phei Yong dan Jaclyn Victor menerusi lagu Sama-Sama.
Konsert itu turut menampilkan persembahan Faizal Tahir menerusi lagu Gemuruh dan Santai, Jaclyn Victor dengan Ikut Rentakku serta Where Is My Husband?, selain Hujan yang membawakan Perindu Kalbu, Kotak Hati dan Aku Scandal.
Selain persembahan, acara itu turut diserikan dengan penyampaian baki empat Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 yang mengiktiraf selebriti dalam beberapa kategori.
Ain Edruce dan suami, Amirul dinobatkan sebagai Keluarga Selebriti Terhangat, manakala Alif Satar menerima anugerah Selebriti Fit Terhangat.
Dior Daying pula memenangi kategori Selebriti Mandarin Terhangat, sementara gandingan Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini membawa pulang anugerah Selebriti Chemistry Terhangat.
Acara itu turut menyampaikan beberapa anugerah kecemerlangan CUCKOO serta menampilkan kemunculan khas Lee Junho selaku duta jenama global CUCKOO.
The post Baki Pemenang AMT2026 Akhirnya Terjawab Di Konsert Cuckootopia 12th Anniversary first appeared on OHBULAN!.





