Perkongsian penyanyi, Kaka Azraff di laman Threads mencuri perhatian apabila dia meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap lelaki yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak demi berseronok.
Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Cerai Kali Kedua Dengan Adam Azriff – ‘Sekurangnya Kami Sudah Mencuba’
Lelaki bodo

Menerusi hantaran tersebut, Kaka, 37, menyifatkan lelaki yang mengabaikan anak sendiri tetapi masih mempunyai masa untuk berparti sebagai individu yang tidak berakal.
Anak kau abai, party kau sampai. Lelaki bodoh tiada akal.
Bagaimanapun, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu tidak memperincikan luahannya atau menyebut mana-mana individu yang dimaksudkan dalam hantaran berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut tertanya-tanya mengenai perkara yang mendorong Kaka meluahkan kenyataan sedemikian.
Sumber: Threads
The post ‘Anak Kau Abai, Party Sampai… Lelaki Bodoh Tiada Akal’ – Kaka Azraff Marah Siapa? first appeared on OHBULAN!.





