
Nama semakin hangat diperkatakan di media sosial, usahawan Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian selepas menyalahtafsir makna dalam bahasa Inggeris.
‘Lagi buka mulut nampak macam kita tak pandai’

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menggunakan Google Translate untuk memastikan makna perkataan ‘affordable’ sama seperti yang ditafsirkan oleh Kieda.
Dalam siaran langsung sebelum ini, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra menyatakan bahan yang digunakan untuk produknya mahal tetapi menggunakan perkataan ‘affordable’ untuk menghuraikannya.
Bagaimanapun, perkataan Inggeris yang digunakan Kieda dilihat tidak sesuai hingga mencetuskan salah faham dalam kalangan pembeli.
Sebenarnyakan lagi banyak kita buka mulut, makin terbongkar yang kita ni tak berapa pandai.
Baik kurangkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen keliru dengan apa yang dikatakan oleh Kieda.
Komen netizen







