28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Tegur Golongan ‘Over Claim’ – ‘Kalau Produk Itu Awak Tak Pakai, Jangan Cakap Pakai’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming tampil memberikan teguran secara halus kepada individu beragama Islam yang mencari rezeki melalui bidang perniagaan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gangguan Bekalan Elektrik Di Rembayung, Netizen Puji Sikap Tenang Khairul Aming Kawal Situasi

    MENARIK:  Perlu Dana Sebanyak RM765,000 Untuk 13 Kanak-Kanak Atrofi Otot Spina

    Artikel Berkaitan: Khairul Aming Respon Isu Sistem Tempahan Rembayung ‘Down’ – ‘Restoran Baru Buka 2 Minggu Bang, Beri Saya Sedikit Ruang’

    Keberkatan dalam mencari rezeki

    " data-video-id="7598857819948961044" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @saifulnizam7669

    Carilah keberkatan.. Ini pesan @Khairulaming kepada affiliate dan content creators.

    ♬ original sound – Sayf el Nizam – Sayf el Nizam

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA tidak menyarankan mana-mana individu untuk menipu dalam penghasilan kandungan.

    Menurut Khairul Aming, konten yang dibuat sebagai sumber rezeki sepatutnya ikhlas dan tiada unsur ‘over claim’.

    Saya sentuh terutama untuk orang Muslim tentang keberkatan duit yang kita dapat.

    Berbalik pada bagaimana awak ‘claim’. Contoh, awak cakap produk itu dipakai setiap hari. Padahal, awak tak pakai pun.

    Disitu awak dah menipu. Saya tak mahu sentuh tentang hukum tapi pada saya, tak berkat lah duit yang kita dapat.

    Nombor dua tentang makanan. Awak bagi 10 markah tapi sebenarnya bila makan tak sedap.

    Jangan lah apa saja produk yang ada dalam pasaran, awak main jual saja.

    Peringatan untuk individu yang berniaga

    Sementara itu, pempengaruh kelahiran negeri Kelantan tersebut turut mengingatkan agar berhati-hati dalam konten yang dihasilkan.

    Tambah Khairul Aming, cara seseorang berniaga itu mencerminkan sejauh mana dirinya akan berkembang dalam dunia perniagaan.

    Hati-hati dengan apa yang awak ‘claim’. Kalau tak sedap jangan cakap sedap. Kalau produk itu awak tak pakai, jangan cakap awak pakai.

    Itulah yang membezakan kita dengan orang lain, sejauh mana kita nak pergi. Kalau saya pakai cara sebegitu, saya tidak akan ada di mana saya sekarang.

    Orang tidak akan percaya pada saya.

    Sumber: TikTok @Sayf el Nizam

    The post [VIDEO] Khairul Aming Tegur Golongan ‘Over Claim’ – ‘Kalau Produk Itu Awak Tak Pakai, Jangan Cakap Pakai’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah