Pelawak, Harith Iskander tampil bersuara mengenai sikap segelintir netizen yang kerap menegur cara pemakaian seseorang meskipun tidak mendatangkan gangguan kepada orang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Shiro Tegur Lawak ‘Body Shaming’ Harith Iskander – ‘Awak Legend, Minta Maaf Malu‘
Artikel Berkaitan: Ugut Harith Iskander & Keluarga, Tukang Rumah Dipenjara Lima Bulan
Teguran baju
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Harith mempersoalkan sikap segelintir netizen yang dilihat lebih gemar memberi tumpuan kepada isu pemakaian anak seni.
Tambah Harith atau nama lengkapnya Harith Iskander Musa, 59, terdapat banyak isu semasa yang lebih penting dan wajar dijadikan topik perbincangan.
Kenapa ramai yang banyak masa untuk risau tentang cara orang lain berpakaian.
Kata baju ketatlah, tak sesuailah, macam-macam. Ramai selebriti wanita selalu jadi sasaran.
Saya tertanya-tanya, kenapa ini menjadi masalah awak?
Kalau seseorang mencuri, menipu, membuli, menyerang atau menyakiti orang lain, ya. Masyarakat memang patut bersuara. Sebab tindakan itu memberi kesan kepada orang lain.
Menurut Harith, individu yang terjejas ketenteraman diri susulan cara pemakaian seorang selebriti seharusnya menilai semula cara mereka melihat perkara tersebut.
Tapi kalau seseorang pakai pakaian yang secara peribadi awak tak suka, kenapa awak yang tersakiti?
Kalau cara seseorang berpakaian menyebabkan awak lebih tertekan daripada isu rasuah, keselamatan jalan raya, kos sara hidup, atau usaha untuk fokus kepada kebahagiaan hidup awak sendiri.
Mungkin masalahnya bukan pada pakaian itu. Mungkin masalahnya pada kita.
Sumber: Threads @harithiskander
The post [VIDEO] ‘Kenapa Ramai Orang Banyak Masa Untuk Risau Tentang Cara Orang Lain Berpakaian?’ – Harith Iskander first appeared on OHBULAN!.





