26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kamal Adli Imbas Detik Dalam Mahkamah – ‘Ayat Yang Buat Saya Pecah..Dengan Ini Saya Ahmad Kamal Menceraikan’

    Shopee Sale

    Pelakon Kamal Adli mengimbas kembali detik ketika dirinya berada di mahkamah semasa hari perceraian bersama bekas isteri, aktres Uqasha Senrose.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak – ‘Gentleman Sangat, Saya Respect’

    Artikel Berkaitan: Netizen Sebak Tonton Semula Drama Gandingan Bersama Uqasha Senrose, Kamal Adli Akui Turut Terkesan

    Lafaz cerai

    Menerusi perkongsi di program televisyen, Nona, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, itu menceritakan semula hari ketika dia berada di mahkamah untuk melafazkan cerai di hadapan hakim.

    Semasa lafaz (cerai), saya menangis macam budak-budak. Rasa malu dekat hakim tu.

    Dalam tu (mahkamah) ada kami sahaja, tak ada orang lain.

    Menurut Kamal, dia tidak mampu menahan air mata kerana mengakui lafaz perpisahan tersebut antara perkara yang sukar untuk dilakukannya.

    Masa nak kena sebut tu, saya rasa ‘pecah’.

    Bila dapat kertas yang perlu saya lafazkan itu, saya ingatkan saya okay..sampai kena ulang dua kali sebab tak jelas, menangis pula macam budak-budak.

    Sakit sangat ketika itu, saya sampai tak boleh nak pandang orang.

    Ayat yang membuatkan saya ‘pecah’…’dengan ini saya Ahmad Kamal menceraikan’

    Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

    MENARIK:  Kakak Safee Sali Yakin Bahawa Dia Lebih Layak Untuk Menjaga Anak-Anak Daripada Safee

    Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 selepas lima bulan bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Kamal Adli Imbas Detik Dalam Mahkamah – ‘Ayat Yang Buat Saya Pecah..Dengan Ini Saya Ahmad Kamal Menceraikan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah