31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kamal Adli Gembira Luang Masa Dengan Hawra, Rakam Penghargaan Kepada Uqasha – ‘Dua Minggu Tak Jumpa’

    Shopee Sale

    Selepas dua minggu tidak berjumpa, pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan gembira apabila akhirnya dapat meluangkan masa bersama anaknya, Hawra Uqaira pada Khamis.

    Artikel Berkaitan: ‘Hancur’ – Perkongsian Kamal Adli Sorot Perhatian, Ruang Komen Dihujani Kata-Kata Semangat 

    Artikel Berkaitan: ‘Demi Allah Saya Tak Nak Lepaskan Uqasha’ – Kamal Adli Harap Ada Peluang Kembali Rujuk

    Ubati kerinduan

    Meskipun pertemuan tersebut singkat, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengakui momen itu telah mengubati rasa rindu dihati.

    Hari ini (Khamis), sebelum datang ke sini (pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026), saya sempat berjumpa dengan Hawra. Sebab itu saya lambat kerana meluangkan masa bermain dengannya. Seronok sangat selepas lebih kurang beberapa minggu tidak berjumpa.

    Kamal berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Bercerita lanjut, Kamal turut merakam penghargaan kepada bekas isteri, aktres Uqasha Senrose kerana memberi peluang bertemu dengan Hawra.

    Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana memberi peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama Hawra. 

    Jadi hari ini saya rasa sangat gembira, memang gembira. Tadi dapatlah saya beberapa jam antara 2 petang hingga 5.30 petang tadi. Kami bermain di bawah kawasan rumah sahaja. Sebab Hawra macam tidak sihat.

    Sekarang ini, setiap kali saya ada masa lapang, saya akan berjumpa. Kebetulan hari ini memang saya lapang, saya baru sahaja sampai dari Kuantan dan saya terus pergi jumpa Hawra dahulu.

    Tambah pelakon drama Dia Imamku itu, keutamaannya ketika ini adalah memastikan hubungan dengan anak terus terjalin rapat walau dalam apa jua keadaan.

    Bila ada sahaja masa terluang sekarang ini, saya memang akan cuba cari ruang dan masa untuk berjumpa dengan Haura, itu sahaja.

    Setiap kali turun ke Kuala Lumpur, memang saya akan jumpa anak dahulu. Sebab selepas itu saya perlu bergerak semula untuk sambung penggambaran di Lumut pula.

    Terdahulu, Kamal menerusi perkongsian di media sosial berkongsi rasa rindu yang mendalam apabila sudah lama tidak bertemu Hawra.

    MENARIK:  Diana Danielle Enggan Komen Isu Nama Farid Kamil Dipetik Pelakon Ditahan Dadah – ‘Harap Tidak Benar’

    Imbas kembali, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 12 Januari lalu.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan.

    The post [VIDEO] Kamal Adli Gembira Luang Masa Dengan Hawra, Rakam Penghargaan Kepada Uqasha – ‘Dua Minggu Tak Jumpa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah