
Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan kerinduan terhadap isteri tersayang, Allahyarham Aishah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Akiko Okumura.
Luahan Ridzokumura
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib memuat naik semula video kenangan bersama arwah ketika mereka bersiaran langsung di TikTok.
Dalam kapsyen yang ditulis, Ridzuan Mengakui masih belum cukup kuat untuk menghadapi kehilangan isteri tercinta.
Maaf saya tak tahu nak tutup rambut arwah tapi ini semua memori saya. Saya terlalu rindukan arwah. Al-fatihah buat insan yang terlalu rindu saya cintai, Allah bagi saya pinjam 16 tahun tapi saya tahu arwah tahu saya terlalu sayangkan dia dan Sky.
Ridzuan turut menyuarakan kebimbangannya mengenai masa depan anak mereka, Sky selain mengakui telah membuat persiapan bagi memastikan anaknya mendapat penjagaan terbaik sekiranya sesuatu berlaku kepadanya.
Saya tahu arwah 100% sayangkan saya dan Sky.Saya tak kuat, kalau saya tak ada, siapa lah nak jaga Sky.
Saya pun tak tahu ajal saya bila kalau saya pergi dulu, saya dah buat keputusan Sky akan balik ke Jepun bersama opahnya dan pak cik di Jepun.
Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya, yang turut mendoakan agar Ridzuan diberikan kekuatan untuk membesarkan Sky dengan baik meskipun tanpa sosok isteri di sisi.





