29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bell Ngasri Kurang Dapat Tawaran Berlakon, Tidak Terasa & Percaya Pada Rezeki – ‘Kalau Ada, Alhamdulillah, Kalau Tiada, Saya Okay Saja’

    Shopee Sale



    Pelawak dan pelakon Bell Ngasri tidak terasa hati dengan tawaran lakonan yang kurang walaupun setelah dinobatkan Anugerah Bintang Paling Popular ke-35 (ABP35) dua tahun lalu.

    Tak ambil hati

    Ketika ditemui , Bell akui bersyukur dengan setiap bentuk rezeki yang masih diterimanya.

    Menurut Bell, dia juga kurang pasti dengan sebab kurangnya tawaran berlakon.

    Memang agak kurang tawaran lakonan tapi tidaklah terlalu beza sangat. Sejujurnya memang ada perasaan risau, dimana orang takut panggil saya selepas menang.

    Tapi, Alhamdulillah, saya masih lagi bekerja untuk beberapa program. Mungkin dari sudut tawaran lakonan sahaja yang berkurangan.

    Saya pun tak tahu puncanya apa, tapi saya serahkan semuanya kepada rezeki.

    Kalau ada yang nak panggil saya berlakon, silakan. Kalau tak ada, tak mengapa.

    Saya tak adalah kecewa. Sikit-sikit pun, saya bersyukur sebab sewaktu menang pun, bukanlah saya hero yang banyak dengan drama atau filem.

    Bell berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul 6 Jilake yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  Diskaun 50% Guardian untuk Raya Tahun Ini! Amy Mastura & Sham Visa Muncul dalam Video Raya Terbaru!

    Filem 6 Jilake ini juga membawakan barisan artis yang lain seperti Amerul Affendi, Saiful Apek, Asmidar, Kazar Saizi, Kamarool Hj yusof, Jalil Hamid dan ramai lagi. Untuk perkembangan terkini dan kandungan ekslusif 6 Jilake, boleh ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube Primeworks Studios.

    Bagaimanapun, Bell sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak yang masih menghargai karyanya sehingga kini.

    Saya tak mahu ada rasa kekurangan atau apa dan saya tetap bersyukur.

    Terima kasih juga kepada mereka terus menerus menghargai hasil kerja saya.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah