Ellie Suriaty menegaskan bahawa sikap disiplin dan ketepatan masa merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap pelakon.
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Kurang Senang Penggiat Seni Dipanggil ‘Retis’ – ‘Macam Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah Insan Seni’
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Takut Tersekat, Berdoa Panjang Sebelum Bawa Watak ‘Ibu Aji’ – ‘Saya Minta Ampun Pada Allah’
Ellie Suriaty nasihat pelakon datang lewat

Ketika ditemui , pemilik nama Ellie Suriaty Omar, 56, mengakui bahawa sikap datang lewat ke set boleh menjejaskan jadual penggambaran.
Ujarnya lagi, keadaan itu turut memberi beban kepada produksi yang bekerja mengikut masa dan perancangan yang telah ditetapkan.
Itu situasi yang tidak menyenangkan. Kita bekerja ada masa dan jadual. Jadi, kalau pelakon datang lewat, akan buat proses itu lambat.
Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau ini menegaskan bahawa anak seni perlu memahami komitmen serta tanggungjawab masing-masing ketika bekerja.
Menurut Ellie, disiplin merupakan perkara asas yang perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang mahu kekal relevan dalam industri.
Kita semua ada komitmen. Nasihat saya kalau nak lama dalam bidang ini, harus ada disiplin. Sebab bidang ini untuk orang yang bekerja keras dan ada disiplin. Datang tepat pada masa dan mudahkan kerja semua pihak.
Oleh itu, individu yang tidak mampu mengikuti cara kerja dan berkerja secara berpasukan tidak seharusnya memilih kerjaya dalam bidang seni kreatif.
Sesiapa yang tak boleh mengikuti cara kerja dan kerja berpasukan dalam industri kreatif, dia tak boleh jadi pelakon.
Sebab pelakon ini dia bukan syok sendiri, dia kerja dengan ramai pihak. Kalau nak glamor, main sajalah TikTok, tak payah jadi pelakon.
Dalam set kita sama saja. Kita kerja berpasukan dengan semua orang.
Ditanya mengenai pengalamannya sebagai pengarah dan pelakon, Ellie bersyukur kerana dia tidak pernah berdepan dengan masalah artis datang lewat set penggambaran.
Saya sangat tegas dengan pemilihan pelakon, begitu juga dengan perbincangan saya antara stesen.
Masa saya berlakon pun tiada berlaku. Mungkin kerana siapa yang nak berlakon dengan saya, mereka tahu saya ni macam mana. Sebab saya orang yang sangat kritikal berkenaan dengan disiplin dan punctuality.
Terdahulu, isu pelakon datang lewat ke set penggambaran kembali menjadi bualan hangat selepas pelakon Fasha Sandha dan penerbit, Datuk A. Aida meluahkan rasa tidak puas hati berhubung isu tersebut dalam media sosial.
The post [VIDEO] ‘Kalau Nak Glamor, Main Saja TikTok..Tak Perlu Jadi Pelakon’ – Ellie Suriaty Tegur Artis Lewat Ke Set first appeared on OHBULAN!.





