33 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hubungan dengan Zahid: KJ selalu dari segi cari gaduh, kata PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan hubungan dia dengan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi adalah baik.

    Presiden PKR itu juga menyifatkan pandangan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang mendakwa hubungan mereka retak adalah sebagai pandangan peribadi bekas Ahli Parlimen Rembau tersebut.

    “Memang dia (Khairy) selalu lihat dari segi cara gaduh. Saya lihat cara damai dan itu yang berbeza,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Presiden pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini.

    Anwar berkata sebarang perbezaan pandangan dalam parti atau antara parti yang membentuk kerajaan Persekutuan boleh diselesaikan melalui perbincangan dan pendekatan damai.

    Pengerusi PH itu juga menyatakan penghargaan terhadap perananan Ahmad Zahid selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno dalam merealisasikan pembentukan kerajaan Persekutuan selepas PRU ke-15 lalu.

    MENARIK:  ‘UEC bukan keputusan seorang menteri, apatah lagi Umno semata-mata’

    “Sebab itu, tadi saya ucap terima kasih dalam ucapan saya tentang perananan Ahmad Zahid dan Umno dan selaku Pengerusi BN memeterai kerajaan perpaduan pada peringkat awal,” kata beliau.

    Semalam, Khairy mendakwa kepercayaan antara Anwar dan Ahmad Zahid berada pada tahap paling rendah sejak kerajaan perpaduan dibentuk pada 2022.

    Khairy mendakwa perkara itu susulan hubungan antara BN dan PH yang semakin mencabar, khususnya selepas BN bekerjasama dengan PN dalam PRN Negeri Sembilan.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah