31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelarian tiga beranak maut, isteri cedera kebakaran di Bagan Serai

    Shopee Sale

    Seorang lelaki pelarian Myanmar dan dua anak maut manakala isterinya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Serai Maju, Bagan Serai, pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 5.17 pagi melibatkan kebakaran rumah dihuni tujuh warga asing.

    Mangsa yang maut ialah Mohd Yunus Nor Ali, 27, Muhammad Woheed, 6, dan Mohamad Aheed, 3, manakala isterinya Saniya Jahan Juma Abul Kasim, 24, yang juga pelarian Myanmar melecur pada tangan serta kaki.

    MENARIK:  'Lembaga pengarah SRC dilantik untuk laksana kehendak Najib'

    “Isteri mangsa yang ditemukan di luar rumah memaklumkan suami dan dua anaknya terperanangkap di dalam premis itu.

    “Berdasarkan penemuan awal pasukan Forensik Kebakaran JBPM, kebakaran bermula di bilik pertama iaitu lokasi semua mangsa maut ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sayani berkata wanita itu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Operasi ditamatkan pada 7.35 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah