
Pasangan pelakon Azlan Komeng dan isteri Nur Nilam Ortiz seolah-olah memberi bayangan mereka bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.
Bakal timang anak?
Bismillah doakan ye, tak tahan yang ambik video pun ada gambar kesayangan ?????? jangan jeles tau ?? @AzlanKomeng
? bunyi asal – sWeEt LoV_maiiRa? – sWeEt LoV_maiiRa?
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, Nilam memuat naik rakaman video yang memaparkan dia sedang melakukan imbasan ultrabunyi.
Bagaimanapun, Nilam tidak memperincikan tentang perkara tersebut namun memohon doa daripada orang ramai.
Bismillah, doakan ya.
Netizen ucap tahniah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berteka-teki dengan mendakwa Nilam kini sedang berbadan dua.
Dalam masa yang sama, mereka juga berdoa agar Nilam dan kandungannya berada di dalam keadaan sihat.
Terdahulu, Azlan didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita. Malah, Nilam turut berkongsi momen ketika suaminya itu sedang berbual di telefon dengan seorang individu yang didakwa merupakan bakal madunya.
Azlan atau nama lengkapnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, kemudian menafikan dakwaan bahawa isu tersebut sengaja dilakukan demi meraih perhatian warganet.
Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.





