
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Iqbal Zulkefli mencuri perhatian ramai selepas berjaya membaca potongan ayat daripada Surah An-Nisaa’ dengan lancar.
Baca dengan lancar
View this post on Instagram
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG), Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli telah diminta untuk memilih satu kertas dan membaca ayat bacaan daripada surah tersebut.
Bukan sahaja berjaya membaca tanpa sebarang kesalahan, malah usahawan berusia 31 tahun ini turut mengalunkan bacaan al-Quran dengan sungguh merdu dan bersahaja.
Bercerita lanjut, Iqbal memaklumkan dia sudah menghafal surah tersebut seawal usianya 13 tahun.
Tak silap saya dah hafal surah ini ketika usia 13 tahun macam itulah.
Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang saya tahu bila saya ingat, saya tak akan lupa.
Macam syair Arab, hadis, tauhid, semualah saya masih ingat, Alhamdulillah.
Perkongsian tersebut kemudiannya menuai komen pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan kebolehan Iqbal yang boleh mengaji dan menghafal ayat suci al-Quran.
Komen netizen








