Penyanyi Ina Naim berkongsi detik 40 hari sebelum suaminya, Allahyarham Suhaimi Saad, meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: ‘Arwah Suhaimi Saad Pegang Teguh Pada Pendirian, Kami Tak Pandang Apa Yang Orang Kecam’ – Inteam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Terkenang Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad – ‘Selama Ini Yang Menjaga Kalian Bukan Saya, Tapi Allah’
Arwah bermimpi
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya, Nordiana Mohd Naim, 41, menceritakan bahawa arwah Suhaimi pernah bermimpi didatangi dua penyanyi hebat tanah air iaitu Allahyarhamah Siti Sarah dan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.
40 hari sebelum Suhaimi meninggal, keadaannya separa sedar dan dia bermimpi arwah-arwah datang termasuklah arwah Siti Sarah dan arwah Sharifah Aini.
Menurut Ina, Suhaimi pada ketika itu hanya berbaring di atas katil namun tangannya diangkat, seolah-olah melambai dan menyambut panggilan yang datang dalam mimpi tersebut.
Mereka datang memanggil dan mengajak dia.
Dia berbaring tapi tangannya diangkat.
Imbas kembali, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November 2023 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Ina Naim Kongsi Arwah Suhaimi Saad Mimpi Siti Sarah & Sharifah Aini Sebelum Meninggal Dunia – ‘Mereka Datang Panggil Dia’ first appeared on OHBULAN!.



#suhaimisaad #inanaim #baik #tiktokmalaysia #viral 

