Pelakon dan pengacara, Imran Aqil berkongsi perbezaan isterinya, Dahlia Rizal semenjak bergelar seorang ibu kepada cahaya mata sulungnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Berang Dengan Individu Kurang Ajar, Tiada ‘Common Sense’ Dalam Wayang – ‘Dia Siap Meluc*h & Suruh Saya Duduk Perpustakaan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Akui Memilih Naskhah Lakonan, Letak Isteri Nombor Satu – ‘Saya Minta Isteri Labuhkan Tudung, Tapi Saya Sendiri Tak Menjaga’
Lebih fokus pada hubungan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin menyifatkan Dahlia seorang yang bekerja keras demi memiliki barangan yang diingini.
Namun demikian, Imran menyatakan selepas bergelar ibu, Dahlia kini lebih fokus tentang hubungan rumah tangga.
Mak mentua saya cakap, Dahlia suka beli barang murah saja.
Alhamdulillah saya berikan kebebasan untuk Dahlia bekerja, dan dia kerja betul-betul. Bila dapat gaji, betul-betul dia gunakan.
Saya pernah beli beg tangan berharga RM17,000 untuk Dahlia. Itu adalah pertama dan terakhir.
Cuma baru-baru ini masa ulang tahun kelahiran Dahlia, saya minta wishlist dia.
Tapi tiada satu pun pasal barang.
Semua tentang hubungan rumah tangga. Dahlia nak saya lebih berkomunikasi, sebelum tidur kena ada topik untuk dibual, jadi lebih penyayang, selalu pegang tangan dan bukakan pintu.
Ujarnya lanjut, perhatian pada isteri sedikit berkurangan dengan kehadiran cahaya mata pertama.
Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra pada 7 Mei.
Sumber: TikTok @pama.my
The post [VIDEO] Imran Aqil Kongsi ‘Wishlist’ Dahlia Rizal, Bukan Lagi Barang ‘Branded’ – ‘Dia Minta Selalu Pegang Tangan’ first appeared on OHBULAN!.





