Pelakon, Hisyam Hamid memaklumkan dia pernah berdepan situasi kekok untuk mengungkapkan rasa sayang terhadap kedua ibu bapanya.
Artikel Berkaitan: ‘Fazura Puji Mungkin Sebab Tengok Cara Saya Layan Anak, Saya Tak Rasa Dia Ada Niat Lain’ – Hisyam Hamid
Kekok sebut ‘I love you’ waktu kecil
Walau bagaimanapun, Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran setelah dirinya bergelar bapa.
Ujar pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia tidak mahu perkara tersebut berulang kepada anak-anaknya.
Waktu kecil-kecil, saya macam kekok nak sebut ‘I love you’ kepada ibu bapa saya.
Tapi bila fikir balik, saya tak nak perkara ini terjadi kepada anak-anak saya.
Saya nak, walaupun mereka dah besar macam mana pun, mereka tak rasa kekok dan rasa malu untuk ucap itu.
Hisyam berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di sesi podcast ‘Studio Sembang’ yang dikendalikan pelakon jelita, Amelia Henderson.
Nak jadi sumber utama anak
View this post on Instagram
Tambah pelakon ‘Andai Tiada Dia’ itu lagi, dia juga mahu anak-anaknya menjadikan dirinya sebagai sumber utama bagi berkongsi sebarang masalah yang mereka hadapi.
Jadi, saya didik mereka dari kecil dan sekarang bila dah besar, mereka selesa untuk kongsi apa sahaja kepada saya.
Dan saya juga nak menjadi yang pertama mendengar masalah mereka, bukan kawan-kawan mereka.
Itu yang saya tanamkan dalam diri anak-anak saya.
Sebelum ini, Hisyam memaklumkan dirinya dibesarkan dalam keluarga berantakan (broken family) selepas ibu dan bapanya berpisah.
Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada 2006, namun ikatan perkahwinan itu terlerai selepas mereka bercerai pada Mei 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 18, dan Haydeen, 16 tahun.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Hisyam Hamid Rapat Dengan Kedua Anak – ‘Saya Tak Nak Mereka Kekok Sebut I Love You Walau Dah Besar’ first appeared on OHBULAN!.





