34.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bersatu masih anggota PN yang sah’

    Shopee Sale

    Bersatu tidak menerima sebarang notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan parti itu telah hilang kuorum untuk mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT).

    Justeru bekas pegawai kanan Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad berkata parti itu masih merupakan anggota PN yang sah dan berhak dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu pada 16 Julai lalu.

    "Pada masa mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan pada 16 Julai 2026 sehingga kini, Bersatu adalah sebuah pertubuhan yang sah dan anggota PN yang sah.

    "Hal ini juga diakui oleh Pengerusi PN menerusi kenyataannya kepada media pada 9 Ogos 2026," katanya.

    Marzuki juga mendakwa Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan tidak mempunyai kuasa untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada Bersatu susulan aduan empat ahli Parlimen parti itu kepada ROS mengenai status kuorum mesyuarat MPT Bersatu.

    "Setiausaha Agung PN sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada ROS bukan daripada Bersatu berhubung perkara berkenaan kerana hanya ROS yang mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah pertubuhan adalah sah di sisi undang-undang," ujarnya.

    Mengulas lanjut Marzuki berkata kegagalan menjemput Bersatu menghadiri mesyuarat tersebut adalah suatu pelanggaran perlembagaan PN yang serius.

    MENARIK:  Setahun tragedi Putra Heights: Penduduk tuntut jawapan, bukan janji-janji

    “MPT Bersatu juga telah menggunakan kuasanya di bawah Fasal 27 Perlembagaan Bersatu untuk mentafsirkan cukup kuorum mesyuarat MPT Bersatu dan tafsiran MPT Bersatu adalah muktamad,” katanya.

    Terdahulu PN memutuskan tidak lagi menjemput Bersatu menghadiri mesyuarat gabungan itu selepas parti berkenaan didakwa hanya mempunyai 23 anggota MPT, sekali gus tidak mencapai kuorum 25 orang seperti ditetapkan dalam perlembagaannya.

    Takiyuddin berkata, perkara itu dibangkitkan selepas empat Ahli Parlimen Bersatu membuat aduan kepada ROS pada 13 Julai lalu berhubung dakwaan Bersatu telah hilang kuorum untuk mengadakan mesyuarat MPT.

    Susulan aduan itu, Takiyuddin berkata dia menghantar surat tunjuk sebab kepada setiausaha agung Bersatu pada 14 Julai bagi mendapatkan penjelasan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah