Usahawan sensasi dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi liku kehidupan sewaktu kecil dan mengakui membesar dalam sebuah keluarga yang berantakan atau ‘broken family’ sangat mencabar.
Artikel Berkaitan: Keluarga Itu, Bidaah & Aku Bukan Ustazah 2 Antara Karya Tercalon Bagi Kategori ‘Drama Paling Viral’
Artikel Berkaitan: Cik B, Ryan Bakery, Mek Yun & Sofea Shra Antara Yang ‘Berentap’ Rebut Kategori ‘Digital Content Creator Paling Viral’
Broken family

Aliff, 38, berkata, meskipun ramai melihat kehidupannya kini penuh dengan kesenangan, hakikatnya perjalanan silam yang dilaluinya bukan sesuatu yang mudah.
Menjadi anak dalam sebuah keluarga yang ‘broken family’ ini tidak mudah. Orang di luar sana mungkin lihat saya hidup dalam keseronokkan.
Jika diberi pilihan, saya sanggup bayar RM1 juta untuk mengubah semula kisah silam hidup saya. Sebab kisah silam saya penuh tragedis dan dugaan.
Saya mempunyai ibu dan ayah tiri, perkara itu sangat tidak menyeronokkan untuk saya. Tidak semua yang mempunyai ibu dan ayah tiri akan hidup gembira.
Aliff berkongsi perkara itu menerusi podcast Show Dalam Bilik yang disiarkan di Youtube OhBulanOfficial.
Diejek

Selain kisah keluarga, bapa enam cahaya mata itu juga mengakui zaman persekolahannya tidak seindah kanak-kanak lain.
Menurut Aliff, dia sering dicemuh dan diejek dengan pelbagai panggilan disebabkan pekerjaan ibu dan bapanya.
Saya lalui banyak perkara dalam hidup sejak kecil. Bapa saya pengawal keselamatan dan mak menjual ikan. Saya bukan datang dari keluarga yang senang.
Di sekolah dahulu, macam-macam panggilan diberikan kepada saya. Ada panggil saya kangkung, ikan dan sotong. Saya sangat malu ketika itu.
Sebab itu apabila sudah dewasa, saya sangat rajin berniaga kerana saya tidak mahu miskin untuk kali kedua.
Untuk info, Aliff tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.
Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.
Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.
Video
The post [VIDEO] ‘Hidup Dalam Broken Family Tidak Mudah, Saya Sanggup Bayar RM1 Juta Untuk Ubah Kisah Silam’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





