Pengacara terkenal, Hawa Rizwana meluahkan rasa kecewa apabila video dirinya menyertai acara Redline Fitness Games beberapa hari lalu disunting hingga menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hawa Rizwana Tak Terburu-Buru Cari Jodoh, Bapa Letak Dua Syarat Buat Bakal Menantu – ‘Solat Subuh & Tidak Merokok’
Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Hidap Bulimia Sejak Sekolah, Sensitif Isu Berat Badan – ‘Saya Makan & Muntahkan’
Kecewa

Ketika ditemui , pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, berkata video tersebut memberi perspektif negatif terhadap dirinya malah ia turut dirakam tanpa pengetahuannya.
Baru-baru ini saya sertai satu aktiviti sukan untuk pengalaman baru sebab ini saya berlari saja-saja. Tapi kali ini, rakan ajak sertai aktiviti yang memerlukan kekuatan.
Bila dapat tahu video saya dirakam dan disunting hingga menjatuhkan maruah sebagai wanita dan buatkan orang ada perspektif lain terhadap saya, saya rasa ia satu perkara yang tidak beretika.
Saya tidak lihat video itu tetapi dapat maklumat daripada kenalan. Saya tidak kisah kalau orang mahu muat naik video saya, tetapi janganlah sampai tidak menghormati orang lain.
Ditanya sama ada ingin membawa perkara itu ke peringkat undang-undang, Hawa berkata dia memilih untuk tidak mengambil tindakan lanjut.
Setiap perkara ada batas. Kalau sudah melampaui batas saya akan ambil tindakan undang-undang tetapi perkara ini saya masih lagi boleh bertolak ansur.
Saya anggap video ini hanyalah gurauan jadi saya tidak ambil tindakan.
The post [VIDEO] Hawa Rizwana Kecewa Video Bersukan Dirakam Tanpa Pengetahuan – ‘Disunting Hingga Jatuhkan Maruah Sebagai Seorang Wanita’ first appeared on OHBULAN!.





