30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Haroqs Doa Ikan Dah Sampai Di Gaza’

    Shopee Sale

    Salah seorang peserta Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs berdoa agar rakyat Palestin dilimpahi dengan rezeki.

    Artikel Berkaitan: Sukarelawan Malaysia Dalam Keadaan Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga

    Artikel Berkaitan: Solidariti GSF, Orang Ramai Laung ‘Hancur Zi*n*s’ Depan Kedutaan Amerika Syarikat

    Ikan terakhir sebelum masuk zon kuning

    Hantaran itu dikongsi di Threads pada 29 September lalu, ketika Haroqs sedang memancing di atas bot dalam perjalanan menuju ke bumi Gaza.

    Difahamkan, ketika kejadian, seekor ikan tiba-tiba melompat masuk ke dalam bot Haroqs.

    Lantas, Haroqs terus berdoa agar Allah mengurniakan rezeki ikan yang lebih besar dan banyak buat penduduk Palestin.

    Ya Allah engkau hujankanlah rezeki seperti ini kepada saudaraku di bumi Gaza malah lebih besar dan banyak kepada mereka.

    Hari ini tular sebuah video yang memaparkan kegembiraan rakyat Palestin apabila dikurniakan rezeki ikan yang melimpah ruah.

    MENARIK:  Tak Ramai Tahu, Ini Antara Cara Kerajaan Turun Padang Bantu Penduduk Kampung

    Menerusi rakaman video tersebut, rakyat Palestin tidak henti-henti menzahirkan kalimat ‘Masya-Allah’.

    Allah buka lagi 1000 jalan

    Di ruangan komen, rakyat Malaysia menyifatkan doa Haroqs sudah dimakbulkan Allah SWT.

    Selain itu, warganet juga menyatakan ini adalah cara Allah menggantikan bekalan makanan yang tidak dapat dihantar oleh sukarelawan Malaysia selepas ditahan oleh tentera Zionis.

    Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

    " data-video-id="7556779802137578759" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @lightofislam747

    ♬ original sound – α∂ιк – α∂ιк

    Sumber: Threads & TikTok

    The post [VIDEO] ‘Haroqs Doa Ikan Dah Sampai Di Gaza’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah