27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Tersalah Serang – ‘Saya Pablo Faka Bukan Fakha Yang Sedang Trending Itu’

    Shopee Sale

    Sedang kecoh dalam media sosial ketika ini mengenai kisah rumah tangga pempengaruh Muhd Fakha dengan bekas isterinya, Jasmin Sopeah.

    Artikel Berkaitan: Kakak Jasmin Sopeah Tempelak Bekas Adik Ipar? – ‘Jadi Lelaki Bukan Sperm Je Kualiti Tapi Maruah, Tanggungjawab Pun Kena Berkualiti’

    Artikel Berkaitan: Bekas Suami Akui Silap Menduakan Jasmin Sopeah, Nafi Abai Anak – ‘Tuduhan Itu Runtuhkan Semangat Aku’

    Salah orang

    Muhd Fakha sebelum ini mengaku dirinya telah berlaku curang dalam perkahwinan dan menduakan Jasmin.

    Begitu pun, lain pula ceritanya apabila netizen tersilap menyerang individu.

    Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh yang juga usahawan dikenali sebagai Pablo Faka meluahkan rasa kecewa apabila menjadi sasaran wargamaya.

    Saya nak beritahu sikit, Fakha yang sedang trend sekarang ini bukanlah saya. Netizen sudah tersilap orang.

    Nama saya Pablo Faka bukan Fakha yang itu. Sebab setiap hari ada yang tag nama dan komen dekat hantaran saya.

    Ada netizen yang mendoakan perkara tidak baik seperti “semoga diperludahkan urusan” dan sebagainya.

    Dalam pada itu, Pablo Faka juga berharap netizen berhenti mengaitkan namanya dalam isu terbabit kerana risau akan menjejaskan perniagaan yang diusahakan.

    Janganlah begitu ya, saya ada uruskan perniagaan. Kalau netizen mendoakan yang tidak baik, takut jejaskan perniagaan saya. Apa pun saya mendoakan urusan mereka yang terlibat dipermudahkan.

    Terdahulu, kisah bekas pasangan itu menjadi bualan apabila kakak kepada Jasmin iaitu Jueliya mendakwa Fakha tidak mengambil tahu tentang keadaan anaknya, Faleeq ketika jatuh sakit.

    MENARIK:  Hazeman Huzir Kongsi Tips ‘Travel’, Latih Diri Bawa Bagasi Saiz Medium – ‘Selidik Dulu Populasi Negara Itu’

    Fakha kemudian tampil mempertahakan dirinya dengan mengatakan dakwaan tersebut adalah tidak benar.

    Imbas kembali, Jasmin dan Fakha mendirikan rumah tangga pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq. Pasangan itu sah bercerai pada 2024.

    Sumber: TikTok

    The post Netizen Tersalah Serang – ‘Saya Pablo Faka Bukan Fakha Yang Sedang Trending Itu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah