Pelakon Hannah Delisha mengakui gemar mengenakan aksesori yang mampu menyerlahkan seri dan keanggunan penampilannya, terutama perhiasan emas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Kecam Tindakan Kejam Gantung Kucing – ‘Perbuatan Yang Tidak Boleh Diterima’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Dipuji, Jaga Aurat Dengan Pakai Stokin – ‘Malas Nak Komen Tapi Dia Memang Perfect’
Emas

Ketika ditemui , Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, menyifatkan pemakaian perhiasan emas lebih sesuai dengan tona kulitnya.
Secara peribadi, saya memang suka barangan perhiasan terutamanya emas. Maksud saya, siapa yang tak suka, kan? Kita sebagai wanita memang sukakan sesuatu yang cantik untuk menaikkan lagi seri dan penampilan diri.
Saya memang lebih sukakan emas kerana emas lebih sesuai dengan tona kulit Hannah dan menyerlahkan lagi seri penampilan.
Hannah berkata demikian ketika ditemu bual sebagai duta perhiasan Elfi bersama Wan & Mary sempena Fashionably Modest Asia 2026 yang berlangsung pada petang Sabtu.
Ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap pelaburan emas, Hannah berkata dia turut memilih logam berharga itu sebagai salah satu bentuk simpanan kerana menganggapnya sebagai langkah yang baik untuk masa hadapan.
Ya, mengapa tidak. Bagi saya bergantung kepada masing-masing tetapi kalau cakap pelaburan selalunya emas.
Kalau secara peribadi, saya suka juga menyimpan dan melabur. Kadang-kadang saya beli emas hanya untuk memakai supaya kelihatan cantik sahaja.
Ada masa saya melabur kerana bagi saya pelaburan dalam emas adalah perkara yang bagus.
Tengok kepada masing-masing. Kalau perkara itu bagus, mengapa tidak lakukannya.
Dalam perkembangan lain, Hannah yang telah dilantik sebagai duta Elfi Jewellery sejak lebih setahun yang lalu, meluahkan rasa syukur kerana terus diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
Eternity by Elfi, jenama barang kemas tempahan khas terbaharu keluaran Elfi Jewellery, membuat penampilan sulung di pentas peragaan Fashionably Modest Asia (FMA) 2026 di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights pada Sabtu.
Difahamkan, Elfi Jewellery dan Eternity by Elfi ialah Rakan Barang Kemas Rasmi FMA 2026.
Bertemakan ‘Her 4 Facets’, koleksi ini menampilkan lapan set barang kemas yang merangkumi empat kategori, iaitu Perkahwinan dan Pengantin; Ulang Tahun, Makan Malam dan Majlis Malam, Formal dan Eksekutif serta Sambutan dan Perayaan.
The post [VIDEO] Hannah Delisha Gemar Pakai Aksesori Emas, Serlahkan Seri Penampilan – ‘Wanita Memang Suka Sesuatu Yang Cantik’ first appeared on OHBULAN!.





