28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Hafiz Mahamad Ajar Staf Menyimpan, Beri Bonus Tiga Bulan Gaji – ‘Ada Yang Dah Berjaya Simpan RM50,000’

    Shopee Sale



    Sebagai tanda penghargaan, usahawan pempengaruh media sosial iaitu Hafiz Mahamad menghadiahkan bonus dua hingga tiga bulan gaji buat para pekerjanya.

    Nak ajar staf menyimpan

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hafiz memaklumkan dia sudah memberikan hadiah bonus tersebut kepada semua pekerjanya sejak mula berniaga kira-kira lapan tahun yang lalu.

    Ujar pemilik nama Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad ini, dia memberikan bonus tersebut kerana mahu semua pekerjanya hidup senang dengan cara mengajar mendidik mereka untuk menyimpan.

    Setiap tahun kalau raya atau awal tahun, pasti akan ada ‘surprise bonus’ tapi tahun ini saya tak tahu ia akan menjadi surprise lagi tak pada mereka.

    Saya nak semua senang di sini. Alhamdulilah ada staf yang dah berjaya ada simpanan sebanyak RM50,000 walaupun baru empat tahun bekerja.

    Saya sangat tegas bab menyimpan kerana saya nak semua (bekerja) dekat sini senang.

    Selain bonus, Hafiz memaklumkan bahawa dia ‘mengajar’ pekerjanya untuk menyimpan dengan cara memberikan beberapa ‘benefit’ sepanjang mereka bekerja di syarikatnya.

    Macam mana mereka boleh menyimpan?

    Makanan setiap hari disediakan, kos bersalin akan ditanggung syarikat sebanyak 50% dan jika ada yang susah, kita akan bagi ‘financial support’.

    Di akhir perkongsian, Hafiz berharap agar pekerjanya seronok dan bersyukur serta tidak mudah leka dengan pemberiannya itu.

    MENARIK:  Soffwany Yusoff Tiada Penyesalan Berhenti dari PDRM Selepas 15 Tahun, Kini Menikmati Tugas sebagai Pramugari

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Hafiz dimurahkan rezeki dan perniagaannya akan menjadi lebih maju di masa akan datang.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah