28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Shahora Kesal Filem Terbitan Didakwa Dimuat Naik Di YouTube Tanpa Izin – ‘Itu Mengambil Kesempatan!’

    Shopee Sale

    Pelakon, Sharifah Shahora meluahkan rasa kecewa selepas filem terbitannya Pagari Bulan didakwa telah dimuat naik di platform YouTube tanpa kebenaran.

    Artikel Berkaitan: Usia Bukan Penghalang, Sharifah Shahora Seronok Sambung Ijazah Pada Usia 40-an – ‘Rasa Lebih Yakin & Enjoy Buat Assignment’

    Luah rasa kecewa 

    Menurut Shahora, pihak tidak bertanggungjawab didakwa telah merakam filem berkenaan daripada siaran televisyen sebelum dimuat naik di YouTube dan sudah berada di platform itu selama kira-kira tiga minggu.

    Bagaimanapun, pemilik akaun YouTube terbabit akur lalu menurunkan video berkenaan selepas diminta oleh Shahora untuk berbuat demikian.

    Semalam ada yang share link YouTube filem terbitan saya yang pernah disiarkan di TV sempena Hari Kemerdekaan baru-baru ini.

    Filem tersebut dirakam daripada siaran TV dan dimuat naik tanpa kebenaran kami. Dah 3 minggu ada di YouTube., (Suka-suka kau kan). 

    Selepas saya minta diturunkan, pemilik akaun dah turunkan.

    Dalam pada itu, Shahora turut menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik karya orang lain tanpa kebenaran, apatah lagi jika perbuatan tersebut dilakukan demi meraih keuntungan.

    Nasihat saya, kalau bukan penerbit atau pemegang hak cipta, jangan terlalu “baik hati” upload karya orang tanpa kebenaran bertulis.

    Lagi-lagi kalau nak menumpang keuntungan daripada titik peluh orang lain. Itu bukan berkongsi, itu mengambil kesempatan!

    Tambah Shahora, bukan mudah untuk menghasilkan sebuah filem sejarah kerana ia memerlukan usaha dan komitmen berterusan daripada seluruh pasukan produksi.

    Nak hasilkan filem sejarah berlatarbelakangkan tahun 1940-an bukan mudah. 

    Kami masuk hutan, redah sungai, berpindah lokasi merentas negeri demi mendapatkan suasana yang tepat. 

    Kos, masa dan tenaga seluruh produksi bukan sedikit.

    Sebagai penerbit, kami berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggaran hak cipta.

    Sumber: 

    MENARIK:  Tyzo Xander Melangkah ke Arah Baru sebagai Penyampai Radio IKIMfm, Dijangka Menunjukkan Sisi yang Berbeza

    The post Sharifah Shahora Kesal Filem Terbitan Didakwa Dimuat Naik Di YouTube Tanpa Izin – ‘Itu Mengambil Kesempatan!’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah