28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga Beranak Maut Terperangkap Dalam Kebakaran Rumah Di Kluang

    Shopee Sale

    Tiga beranak maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, Kluang, lewat malam Rabu.

    Artikel Berkaitan: ‘Bau Sedap, Macam Daging Bakar’ – Syafiq Farhain Imbau Pengalaman Terlibat Operasi Kebakaran, Jumpa Mangsa Rentung

    Tiga beranak maut

    Foto: Awani

    Dalam kejadian kira-kira jam 10.44 malam itu, mangsa yang terkorban ialah Noraini Ibrahim, 49, bersama dua anak lelakinya, Khairul Nurhaziqq Khairul Nizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairul Nizam, 11.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Jusoh Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan sebelum sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

    Menurutnya, pasukan bomba tiba kira-kira lima minit kemudian dan mendapati rumah teres dua tingkat itu sedang marak terbakar.

    Pemeriksaan mendapati kira-kira 50 peratus struktur rumah terbabit musnah akibat kebakaran. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

    Semua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Jusoh berkata, mayat ketiga-tiga mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi tindakan lanjut.

    MENARIK:  Adira Tetap Membelakangi Datuk Red Dalam Usahanya - Dia Memperlihatkan Keberanian dan Kesungguhan untuk Berubah

    Sementara itu, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

    Sumber: Awani

    The post Tiga Beranak Maut Terperangkap Dalam Kebakaran Rumah Di Kluang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah