28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Orang Nak Komen Tak Mengapa, Saya Ada Tanggungjawab Yang Lebih Besar’ – Aliff Aziz

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil memberi respon berhubung dakwaan bahawa dia dan gandingannya di dalam teater Mansur & Liu iaitu Melinda Dadew sedang bercinta.

    Artikel Berkaitan: M.Nasir Yakin Aliff Aziz Miliki Kriteria Lengkap Jayakan Teater ‘Mansur & Liu’ – ‘Dia Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia’

    Artikel Berkaitan: Kakak Melinda Dadew Bakal Ambil Tindakan, Individu Tuduh Adik Bermain Cinta Dengan Aliff Aziz

    Penjelasan Aliff

    Ketika ditemui , Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz, 35, memaklumkan bahawa buat masa ini dia sedang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pementasan teater tersebut dan tidak memberi perhatian terhadap sebarang isu yang tercetus di media sosial.

    Saya minta maaf sebenarnya kerana beberapa hari minggu ini saya tidak fokus kepada media sosial. Tugas saya sebagai pelakon teater Mansur & Liu sangat padat.

    Jadi, bagi saya lebih baik saya luangkan masa untuk fokus bagaimana hendak memperbaiki watak Sultan Mansur berbanding memberi perhatian kepada perkara di luar bidang kuasa saya.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Malam Media Teater Muzikal Mansur & Liu yang berlangsung di Istana Budaya pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Tony Eusoff Dedah Suka Makan Rendang – ‘Saya Suka Orang Ajak Pergi Rumah Terbuka’

    Tambah Aliff, dia juga enggan memikirkan tentang komen-komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

    Orang nak komen apa mengenai saya, tidak mengapa. Macam saya selalu kata, akan ada orang yang suka dan ada yang tidak suka. Ada orang ada kerja, ada orang tidak ada kerja.

    Bagi saya, saya ada kerja yang sangat berat dan tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas. Jadi, fokus saya adalah di situ. Selebihnya saya tidak boleh nak kata apa.

    Terdahulu, seorang individu telah memuat naik tangkap layar daripada Instagram Story (IG Story) pelakon Aliff Aziz yang memaparkan dirinya sedang menjalani latihan bersama Melinda bagi pementasan teater Mansur dan Liu.

    Individu itu mendakwa kedua-duanya sudah menjalinkan hubungan istimewa susulan aksi mesra yang dipamerkan dalam hantaran tersebut.

    Kakak kepada Melinda, iaitu Missphris kemudian tampil mempertahankan adiknya dan dipercayai akan mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa membuat tuduhan palsu.

    The post [VIDEO] ‘Orang Nak Komen Tak Mengapa, Saya Ada Tanggungjawab Yang Lebih Besar’ – Aliff Aziz first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah