
Kaedah ‘Gentle Parenting’ dikatakan cara yang terbaik untuk ibu bapa mempratikkan bagi melahirkan generasi yang bersahsiah.
Menguji kesabaran

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi tentang situasinya yang mengawal anak-anak tantrum.
Malam yang sukar buat saya sebab Urayyan (anak kedua) asyik berjaga malam nak susu.
Selepas itu, pagi yang sukar buat saya sebab Urhan (anak pertama) tantrum.
Pagi tadi, Urhan bangun saja dari tidur, dia terus cranky tanpa sebab.
Kesabaran saya betul-betul diuji. Dah la baru bangun. Dan saya ada kerja, calltime awal pagi pulak.
Ujarnya, dia cuba yang terbaik untuk tidak langsung marah hanya kerana anak-anak belum pandai mengawal perasaan mereka.
Saya cuba yang terbaik untuk jadi gentle Mama. Yang tidak memarahi anak, sebab ini adalah cara didikan yang saya dan Syahiran (suami) bersetuju.
Gentle parenting
Berikutan itu, Uyaina menyatakan segalanya berjalan lancar setelah hampir 20 minit dia membiarkan anak nangis dalam pelukannya.
Tambahnya lagi, meninggikan suara pada anak ketika di usia sebegitu akan meninggalkan trauma buat mereka.
Saya duduk dengan Urhan dan tanya jika dia perlukan apa-apa.
Lepas saya bagi vitamin gummies, Urhan berhenti menjerit dan segalanya berjalan lancar selepas itu.
Kadang-kadang, mudah sangat untuk kita marah anak bila mereka buat hal. Bila kita marah, tengking, tinggikan suara, perkara itu akan membentuk karakter bila mereka besar nanti.
Pengacara ‘Wanita Hari Ini’ itu turut berharap agar usaha membesarkan anak-anak menggunakan ‘Gentle Parenting’ dipermudahkan.





