29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fattah & Amira Mahu Jalani Alam Rumah Tangga Dengan Tenang – ‘Kami Tidak Buat Jahat Dengan Sesiapa’

    Shopee Sale

    Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memilih untuk menjalani kehidupan rumah tangga mereka dengan penuh ketenangan tanpa terpengaruh dengan sebarang komen negatif yang berlegar di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Tak Kecil Hati Dengan Individu Nak Boikot – ‘Saya Doakan Diberi Ketenangan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pilih Konsep ‘Natura Base’, Netizen Puji Seri Pengantin Amira Othman – ‘Sempurna, Tak Ada Cacat Cela’

    ‘Kami tak buat jahat’

    Amira, 32, berkata, sejak bergelar isteri kepada Fattah pada 14 September lalu, dia tidak mahu membiarkan kata-kata luar mengganggu keharmonian rumah tangga mereka yang masih baru dibina.

    Kami berdua tidak baca komen negatif di media sosial. Bagi saya, itu pendapat masing-masing dan tidak semua orang akan suka. Apa yang penting, kami tidak buat jahat dengan sesiapa dan tak dengki dengan orang lain.

    Malah kami doakan supaya mereka yang tidak berasa gembira dengan kami akan turut diberi kebahagiaan. Kami tak ambil pusing tentang komen luar, sebab kami hanya mahu hidup dengan aman dan damai.

    Hidup ini bukan untuk puaskan hati manusia. Kami ada urusan lain dan kami ingin hidup tenang tanpa perlu melayan perkara yang tak perlu.

    Pasangan itu ditemui di majlis resepsi ketiga mereka yang berlangsung di Pusat Konvensyen Melawati, Kuala Lumpur, pada Ahad.

    MENARIK:  ‘Menerima Teguran & Kritikan Dengan Hati Terbuka’ – Permohonan Maaf dari Sharifah Sakinah

    Sementara itu, Fattah, 35, meluahkan rasa syukur apabila majlis persandingan yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat berlangsung dengan lancar.

    Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Walaupun agak penat kerana majlis diadakan berturut-turut, tapi rasa lebih seronok daripada letih. Semua ini rezeki, dikelilingi orang baik-baik yang datang meraikan kami.

    Dalam pada itu, ditanya tentang perkahwinan yang digelar sebagai ‘wedding of the year’, Fattah berkata, mereka hanya ingin memberikan yang terbaik buat keluarga dan tetamu yang hadir.

    Kami gembira apabila orang cakap begitu. Sebenarnya kami hanya mahu berikan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu yang hadir. Harap semua orang gembira.

    Tambah Fattah, mereka bakal mengadakan satu lagi majlis khas bagi meraikan para peminat yang selama ini tidak henti memberikan sokongan.

    Majlis resepsi Fattah dan Amira turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Aina Abdul serta penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan.

    Imbas kembali, pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu, sebelum mengadakan majlis resepsi pertama di Johor minggu berikutnya.

    The post [VIDEO] Fattah & Amira Mahu Jalani Alam Rumah Tangga Dengan Tenang – ‘Kami Tidak Buat Jahat Dengan Sesiapa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah