Hantaran terbaharu yang dimuat naik pelakon popular Fattah Amin di Instagram miliknya telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Tak Dapat Tahan Air Mata, Titip Doa Buat Anak – ‘Semoga Allah Sentiasa Lindungi Fatima’
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Sangat Sayang Semua Cucu, Selalu Puji Fatima Pandai Berbahasa Inggeris’ – Adik Fattah Amin
Fatima & nenda
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian tersebut, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin memuat naik video yang memaparkan anaknya Nur Fatima Aisya sedang membuat panggilan video bersama nendanya.
Aktor berusia 35 tahun itu juga menulis kapsyen ringkas seolah-olah menggambarkan hubungan Fatima dan ibunya dalam keadaan baik-baik sahaja.
Dalam masa yang sama, Fattah turut memaklumkan mereka sedang merancang untuk ke taman tema Disneyland.
Dah jangan gaduh-gaduh ya.
Fatima okay je ni dengan Nenda, semua tengah bincang nak pergi Disneyland.
Terdahulu, tular rakaman video sesi siaran langsung memaparkan Fatima mengadu kepada Fazura dengan mendakwa nenda (ibu Fattah) mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.
Walau bagaimanapun, Fazura dengan tenang memberikan respon menafikan perkara tersebut sambil berkata tidak mungkin bekas ibu mentuanya itu akan berkata sedemikian.
Tidak melatah, adik kepada Fattah iaitu Raihan Amin menafikan dakwaan yang mengatakan ibunya, Azizah Abd Ghani mengeluarkan kata-kata negatif terhadap anak saudaranya.
Sumber: IG Fattah Amin
The post [VIDEO] ‘Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland’ – Fattah Amin first appeared on OHBULAN!.





