Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira menegaskan setiap tawaran kerja terutamanya sebagai duta produk akan diteliti terlebih dahulu agar selari dengan imej yang dibawanya selama ini.
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Tepis Dakwaan Riak Kongsi Kejayaan Engku Aleesya – ‘Berbalik Kepada Hati Masing-Masing’
Artikel Berkaitan: Engku Emran Kongsi Momen Berharga Aleesya Tamat Pengajian Sekolah Menengah – ‘Cantik Macam Ayah, Pandai Macam Mak’
Nilai dulu content

Ketika ditemui , pemilik nama Fazira Wan Chek, 51, berkata penciptaan kandungan berkualiti menjadi keutamaan sebelum bersetuju menjalin kerjasama dengan sesebuah jenama.
Content adalah antara syarat penting sebelum bekerjasama.
Jika terlalu keterlaluan atau tidak sesuai dengan gaya dan imej saya, saya akan tolak. Saya tidak mahu disuruh buat sesuatu yang bukan diri sendiri.
Itu bukan cara pembawaan saya. Risau nanti peminat terkejut pula melihat sesuatu yang berbeza dengan diri saya. Jadi lebih baik kita jelaskan segalanya terlebih dahulu sebelum bekerjasama.
Saya kena kenal dan suka produk itu terlebih dahulu. Selain itu, perlu sesuai dengan imej dan situasi semasa.
Erra berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu jenama Captain Dolphin yang berlangsung di Sepang pada Selasa.
Peranan duta

Dalam pada itu, pelakon filem Maria Mariana menjelaskan peranan sebagai duta bukan hanya tentang penampilan semata-mata.
Katanya, ia adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan komitmen dan usaha dua hala.
Bayaran hanyalah sebagai ‘pintu’ untuk kerjasama. Selepas pintu itu terbuka, saya tiada masalah untuk memberi lebih lagi.
Saya juga tidak akan lepas tangan. Kena ambil tahu impak yang saya berikan terhadap jualan. Kalau boleh biarlah kedua-dua pihak gembira.
Sementara itu, Erra menyatakan rasa syukurnya atas pelantikan sebagai duta Captain Dolphin selama tiga tahun dan berbangga kerana peranannya telah membantu melonjakkan jualan syarikat itu sehingga 40 peratus.
Untuk rekod, Erra mula bekerjasama dengan jenama makanan Captain Dolphin sejak tahun 2022 dan turut menyumbang idea dalam penghasilan perisa baharu syarikat berkenaan.
Selain itu, jenama berkenaan turut memperkenalkan tiga perisa baharu konjac jeli iaitu Calamansi, Caramel dan Cola.
The post [VIDEO] Erra Fazira Teliti Content Sebelum Kerjasama – ‘Kalau Keterlaluan Saya Tolak, Risau Peminat Terkejut’ first appeared on OHBULAN!.





