27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Makanan Memang Boleh Satukan Ramai Orang’ – Adriana Adnan

    Shopee Sale

    Nama Adriana Adnan menjadi perhatian selepas perkongsiannya mengenai pengalaman kurang menyenangkan ketika membeli di pasar malam mengundang pelbagai reaksi netizen.

    Artikel Berkaitan: Pernah Diminta Cipta Kontroversi Demi Kekal Relevan, Adriana Adnan Kecewa Dengan Industri – ‘Mereka Kata Nama Saya Terlalu Clean’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adriana Adnan Tegur Pempengaruh Minta Makanan Percuma – ‘Janganlah Meminta-Minta, Mereka Mencari Rezeki’

    Sekadar kongsi pengalaman sebagai pembeli

    Tidak berdiam diri, Adriana tampil memberi penjelasan dan menegaskan bahawa hantaran tersebut dibuat atas kapasiti dirinya sebagai pelanggan biasa.

    Jelasnya, dia langsung tidak berniat untuk mempersenda atau merendahkan mana-mana peniaga, sebaliknya sekadar berkongsi situasi yang dilaluinya ketika itu.

    Menurut pengacara Hello Doktor itu, dia tidak menyangka perkongsian tersebut akan menjadi perhatian ramai.

    Saya tak jangka isu itu tiba-tiba jadi perhatian. Waktu itu saya cuma ceritakan pengalaman di bazar yang agak sibuk dan layanan terasa dingin.

    Saya tak minta layanan istimewa, cukup sekadar senyuman atau tutur kata yang baik sebab kita datang untuk membeli.

    Tambah Adriana, interaksi ringkas mampu memberi keselesaan kepada pelanggan ketika berurusan secara bersemuka.

    Kita datang nak beri rezeki juga kepada peniaga. Kadang cara menjawab buat pelanggan rasa macam dimarahi walaupun baru pertama kali jumpa.

    Dalam masa sama, dia mengakui memahami tekanan yang dihadapi peniaga terutama ketika waktu puncak.

    Saya faham mereka penat dan sibuk, tapi kalau sempat senyum sekejap pun sudah cukup buat suasana lebih baik untuk kedua dua pihak.

    Ulasan ikut selera sendiri

    View this post on Instagram

    A post shared by Adriana Adnan (@adrianaadnan)

    Mengulas mengenai kandungan siri Adriana Cari Makan, jelasnya setiap ulasan dibuat berdasarkan pandangan peribadi sebagai pembeli.

    Saya beli sendiri semua makanan dan komen ikut selera sendiri. Kalau tak kena di tekak saya, saya beritahu secara jujur.

    Tak ada niat jatuhkan sesiapa sebab setiap orang ada cita rasa berbeza. Apa yang saya tak suka mungkin orang lain suka.

    Adriana turut melihat perbincangan yang tercetus sebagai sesuatu yang positif apabila penonton sama-sama berkongsi pandangan.

    Pernah juga cara saya makan kuih jadi topik perbualan. Ramai betulkan dan saya anggap itu perbincangan sihat.

    Saya rasa makanan memang boleh satukan orang kerana ramai beri reaksi dalam setiap video.

    Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Adriana mengakui ini kali pertama dia menyambut Ramadan berjauhan daripada keluarga.

    Ini kali pertama saya sambut Ramadan jauh daripada keluarga. Hanya selepas beberapa hari barulah sempat berbuka bersama mereka kerana jadual kerja padat.

    Memang rindu rumah, tapi pengalaman jelajah bazar di tempat lain sangat berharga.

    Terdahulu, siri #AdrianaCariMakan mencetuskan pelbagai reaksi netizen dan dalam masa sama membuka peluang kerjasama termasuk projek jelajah bazar Ramadan bersama AirAsia.

    MENARIK:  Maleeq Dragster Diiktiraf Malaysia Book Of Records, Raih 14 Kejuaraan Dalam Sukan Pushbike

    Program itu menyaksikan Adriana menjelajah ke beberapa lokasi dalam dan luar negara seperti Alor Setar, Sabah, Sarawak, Brunei serta Banjarmasin dengan episod baharu disiarkan dua kali seminggu.

    The post [VIDEO] ‘Makanan Memang Boleh Satukan Ramai Orang’ – Adriana Adnan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah