30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dynas Mokhtar Suka Tengok Kemesraan Bella & Syed Saddiq, Sempat Usik – ‘Comelkan Kalau Ada Hubungan? Ibarat Yin & Yang’

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Dynas Mokhtar mengakui suka melihat kemesraan yang dipaparkan oleh rakan seperjuangannya, Bella Astillah bersama ahli Parlimen Muar Syed Saddiq.

    Ibarat Yin dan Yang

    Ketika ditemui , Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata sebagai seorang kawan dia tumpang gembira apabila melihat keadaan Bella sekarang.

    Suka tengok mereka kerana Bella dengan YB Syed Saddiq dua orang berbeza. Ibarat Yin dan Yang yang saling melengkapi diri masing-masing.

    Mereka tiada apa-apa hubungan, tetapi comel kan kalau ada? Saya hanya doakan yang terbaik.

    Sementara itu, pelakon berusia 43 tahun itu juga berharap agar Bella ditemukan dengan sosok lelaki yang baik seperti ahli politik itu.

    Dynas turut menitipkan pesanan kepada Bella agar tidak terlalu terkejar mencari pengganti dan menggunakan masa yang sebaiknya untuk meluangkan masa dengan anak-anak.

    Saya cakap dengan Bella kalau dapat jenis yang macam itu (beri layanan baik) mesti seronok.

    Saya harap Bella jumpa lelaki seperti itu kerana Bella seorang ibu tunggal. Kalau tiada pengganti kesian dekat anak-anak tiada figura bapa.

    Tapi pada masa yang sama jangan rush kerana dari pengalaman sendiri, berseronok dahulu dengan anak-anak dan nikmati kehidupan.

    Jangan rush

    Apabila ditanya sama ada Bella berkongsi atau tidak untuk mendirikan rumah tangga kembali, pelakon filem Impak Maksima 2 itu berkata mereka tidak pernah bercakap mengenai perkara itu.

    Kami tidak banyak berborak. Saya cuma cakap dengan dia berseronoklah dahulu sementara masih bujang.

    Tetapi ada sesetengah orang memang tidak mahu cari pengganti. Kalau macam itu, kena bersedia untuk jadi ibu bapa kepada anak-anak kerana ia bukan kerja yang mudah.

    Sebab kita perempuan, banyak kena fikir pasal benda lain.

    Sebelum ini, tular satu klip memaparkan Dynas mengusik Bella mengenai Saddiq apabila aktres itu melakukan siaran langsung di TikTok.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Semoga Jumpa Yang Lebih Baik Daripada Daddy Sekarang’ – Pesanan Sayu Haqiem Stopa Buat Anak

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah