25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Da’i Syed Dedah Tiada Tawaran ‘Job’, Bakal Mula Jual Gelang Perhiasan Wanita Dari Mesir

    Shopee Sale



    Pendakwah selebriti Da’i Syed mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan sepanjang kesnya sedang berjalan di Mahkamah Tinggi.

    Tak dapat tawaran kerja

    dai syed court case

    Menerusi temu bual bersama , Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohd Shaiful berkata, dia dan isteri sedang merancang untuk memulakan kembali perniagaan menjual gelang perhiasan wanita dari Mesir.

    Setakat ini memang tak ada job. Tapi Insya-Allah kalau Allah takdirkan ada rezeki, adalah.

    Saya dalam perancangan bersama isteri untuk mulakan semula perniagaan jual gelang perhiasan wanita dari Mesir. Insya-Allah saya akan mula buat sesi live di TikTok. Anda semua boleh sokong dan beli barang perhiasan saya.

    Syed yang ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, pagi tadi, meluahkan rasa syukur atas sokongan berterusan daripada ahli keluarga.

    Penerimaan keluarga okey. Saya baru balik dari kampung. Mereka semua beri sokongan dan mendoakan saya.

    Dah lali komen negatif

    MENARIK:  Simpan Abu Mayat Dalam Loket, Jennifer Coppen Sentiasa Nak Bersama Arwah Papa Dali – ‘Aku Akan Pakai Rantai Ni Selamanya’
    " data-video-id="7433650121557937425">
    @official Replying to @Roshaliza Abu Hassan Mengenai kes mahkamah yang berlangsung sebentar tadi, peguamnya Amin Othman memaklumkan ia hanyalah berkaitan pengurusan kes iaitu menfailkan petisyen rayuan. # #fyp #news #daisyed #mahkamah #kes #rayuan ? original sound – OHBULAN!

    Disoal mengenai penerimaan terhadap komen negatif daripada netizen, suami kepada Hana Ismail ini hanya menjawab dia sudah terbiasa menerima kecaman.

    Nak tak nak, kena baca tapi tak simpan (dalam hati). Saya hanya baca sahaja. Bukan sahaja hari ini saya dikecam. Lama sudah dikecam. Tak ada apa-apa. Saya cuma rasa sedih.

    Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 14 Ogos lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah