27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] #CSOIAM: Rezza Shah & Alya Mardien Tersingkir Minggu Keempat, Impian Jadi Juara Terpaksa Dilupakan

    Shopee Sale



    alya tersingkir

    Selepas empat minggu beraksi di pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), dua peserta terpaksa akur dengan keputusan juri dan undian apabila diumumkan tersingkir pada malam Ahad.

    Perjuangan terhenti

    peserta oiam

    Rata-rata peserta menerima komen yang lebih tegas dan ‘straight forward’ daripada barisan juri tetap iaitu Ziana Zain, Datuk Yusry Abdul Halim, Cakra Khan serta juri jemputan, Hael.

    Rezza Shah dan Alya Mardien yang meraih markah dan undian rendah terpaksa melupakan impian mereka untuk melangkah ke minggu berikutnya.

    Pada minggu ini Rezza Shah mendendangkan lagu Kembali Rindu dan Seragam Hitam manakala Alya Mardien mempersembahkan lagu Bukan Lagi Kita dan Jangan Mati Rasa Itu.

    Meskipun hasrat untuk mengejar hadiah utama RM1 juta harus dilupakan, kedua-dua peserta telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan baik.

    " data-video-id="7459047215705640210">
    @official Setiap pengakhiran adalah permulaan baru. Kita support selalu perjalanan Rezza & Ayla ??? # #fyp #OIAM #CalpisSodaOIAMTV3 #SejutaSodaSatuJuara #CalpisSodaOneInAMillion ? original sound – OHBULAN!
    MENARIK:  Tips Menjelang Bayar Balik Pinjaman Supaya Sentiasa On-Time

    Untuk info, CSOIAM pada minggu ini peserta membawa tema Sinergi Muzik.

    Keputusan mingguan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton yang bermula pada episod kedua sehingga episod kelapan.

    CSOIAM kali ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.

    Sementara itu, penyanyi jemputan pada minggu ini adalah Mimi Fly dan Ramli Sarip manakala Hael Husaini sebagai juri jemputan.

    Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.

    Bagi undian pula, boleh ke http://www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah