Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman diraikan dalam suasana penuh romantis menerusi acara eksklusif Hi-Tea The Garden of Love FATTMIRA anjuran Usanita Sdn Bhd yang berlangsung di Ukays Hills, Bukit Antarabangsa, pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Tak Kecil Hati Dengan Individu Nak Boikot – ‘Saya Doakan Diberi Ketenangan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Amira Othman Selalu Utamakan Suami, Minta Pendapat – Fattah Amin
Pelancaran lagu ‘Poskad Cinta Dari Auckland’

Acara istimewa itu bukan sekadar meraikan pasangan pengantin baharu tersebut, tetapi turut menjadi platform pelancaran rasmi lagu runut bunyi (OST) telefilem Poskad Cinta Dari Auckland yang ditayangkan di aplikasi Usanita TV (UTV) berjudul Always Will ciptaan Ajai yang turut dinyanyikan secara langsung oleh Amira Othman di majlis sama.
Majlis yang dikendalikan oleh pasangan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Yasmin Hani itu diserikan dengan kehadiran pemenang serta pelanggan bertuah UTV yang memenangi cabaran di TikTok, portal Gempak dan radio ERA, menjadikan suasana lebih eksklusif dengan interaksi mesra antara peminat dan artis.
Dihiasi dengan konsep taman romantik, majlis tersebut menggambarkan keindahan perjalanan cinta dua figura ini yang kini menjadi simbol pasangan ideal dalam dunia hiburan tanah air.
Antara momen paling mencuri tumpuan ialah segmen khas ‘FATTMIRA Love Story’ di mana pasangan ini berkongsi pengalaman awal mereka sebagai suami isteri.
Tak suka merajuk lama
Dalam sesi tersebut, Amira tidak dapat menahan senyuman apabila menceritakan sisi peribadi Fattah sebagai seorang suami yang penyayang dan matang.
Fattah ini jenis suami yang tak suka panjangkan hal. Kalau saya merajuk, dia cepat-cepat selesaikan. Dia akan terus cakap, ‘Dah lah, tak payah panjang-panjang.’ Saya pun cepat sejuk dan terus balas, ‘Okeylah, selesai.’
Jadi, saya anggap suami saya ini tenang orangnya. Saya tak mampu nak balas setiap kebaikan itu tapi saya yakin Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Baik. Moga Allah memberikan yang baik-baik buat suami saya. Amin.
Manakala, Fattah pula secara bersahaja berkongsi doa dan harapan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Saya selalu cakap, isteri syurga, isteri syurga. Jadi, itulah saya cakap pada Mira, semoga jodoh sampai syurga.
20.1 juta tontonan di aplikasi UTV

Sementara itu, menurut Pengasas Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr. Hasan atau lebih mesra disapa Datuk Nana, acara berkenaan bukan sahaja meraikan cinta dua figura terkenal itu, tetapi juga menandakan pelancaran rasmi karya pertama di bawah Usanita Entertainment, sebuah cabang kreatif yang bernaung di bawah platform UTV (Usanita TV).
Hari ini kita meraikan pasangan Fattah dan Amira yang juga wajah rasmi Usanita Group, selain memperkenalkan lagu pertama di bawah Usanita Entertainment iaitu Always Will nyanyian Amira yang dijadikan runut bunyi (OST) telefilem Poskad Cinta Dari Auckland.
Telefilem ini menerima sambutan luar biasa walaupun baru dilancarkan pada 28 Ogos lalu. Kami menerima lebih 20.1 juta tontonan di aplikasi UTV dan kesemua platform media sosial. Jumlah tontonan terus meningkat, membuktikan kandungan tempatan masih mendapat tempat di hati penonton.
Sementara itu, komposer terkenal Ajai mendedahkan inspirasi menghasilkan lagu Always Will datang daripada jalan cerita dan suasana penggambaran telefilem tersebut.
Saya cipta lagu ini berdasarkan sinopsis dan visual cerita. Saya sesuaikan range vokal dengan suara Amira kerana saya sudah lama tahu kemampuan dan warna suaranya yang unik.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kasih itu turut dimeriahkan dengan kehadiran daripada rakan artis seperti Sophia Albarakbah dan Nadeera Zaini, yang mempersembahkan lagu baharunya berjudul Peluk, sekali gus menambahkan aura romantis dan glamor pada acara berprestij tersebut.
Telefilem Poskad Cinta Dari Auckland arahan Izuan Mokhtar menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Irfan Haris, Bell Ngasri, Umie Aida dan Izuan Mokhtar sendiri.
Ia mengisahkan sekeping poskad yang tersalah alamat hingga mempertemukan dua jiwa dalam kisah cinta penuh emosi dan pengembaraan di bumi New Zealand.
Telefilem ini boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi UTV yang menampilkan pelbagai kandungan tempatan berkonsep kekeluargaan, cinta dan nilai masyarakat.
The post [VIDEO] Cinta Fattah & Amira Diraikan, ‘Poskad Cinta Dari Auckland’ Cecah 20.1 Juta Tontonan first appeared on OHBULAN!.



#TheGardenOfLoveFattmira #Fattmira # #kinitrending 

