32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Che Ta Syukur Berjaya Langsai Hutang RM1juta, Dedah Isu Pinjaman Mara Buat Ramai Kawan Menjauh

    Shopee Sale



    Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan bersyukur apabila bebanan ditanggung sudah ‘hilang’ selepas berjaya menyelesaikan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Hutang selesai

    Ketika ditemui , Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memaklumkan bahawa dirinya kini bebas dari bebanan hutang dan hanya membayar komitmen pinjaman perumahan.

    Ya, Alhamdulillah. Yang perlu diselsaikan cuma hutang rumah.

    Saya rasa selagi kita hidup, kita semua takkan lari dengan berhutang.

    Menurut aktres berusia 52 tahun itu, kematangan menyebabkan dia tidak mudah melatah dalam menangani kontroversi yang melanda malah lebih memilih untuk berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan.

    Mungkin kali ini saya atasi kontroversi cara berbeza kerana ia melibatkan ahli keluarga iaitu anak-anak. Saya tidak suka. Saya juga rasa tidak perlu untuk memberikan penjelasan kepada sesiapa pun.

    Anak saya tidak okay dan mereka jadi hairan mengapa saya boleh jadi sangat tenang.

    Saya katakan pada mereka jangan bimbang kerana setiap masalah akan berakhir. Allah tidak akan turunkan ujian jika kita sebagai hambanya tidak mampu menghadapi. Allah ada.

    Che Ta berkata demikian seusai pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Khamis.

    Ramai yang menjauh

    Rozita Che Wan

    Sementara itu, pelakon filem 4 Madu tersebut mendedahkan terdapat segelintir rakan-rakannya yang menjauhkan diri semenjak namanya terpalit isu hutang.

    Memang ada kawan-kawan menjauhi. Tapi tidak mengapa. Bagi saya, bila Allah turunkan ujian, mungkin Dia mahu jauhkan dari kita daripada seseorang. Caranya adalah dengan membuatkan seseorang itu pergi.

    Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak tersebut juga memilih untuk tidak mengambil pusing dengan komen yang ditinggalkan warganet di media sosialnya.

    Kita negara demokrasi di mana setiap orang ada hak bersuara. Kalau kita tutup komen orang akan anggap kita bersalah.

    Mungkin nanti apabila dia nampak ada kebenaran, mereka akan sedar ada kesilapan berkata begitu. Saya pun enggan menegakkan benang yang basah.

    Saya okay sahaja, saya teruskan hidup dan perniagaan

    Sebelum ini, media melaporkan Che Ta menerima notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat kegagalan menjelaskan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

    MENARIK:  Nabil Ahmad Tak Sengaja ‘Tayang’ Aurat Isteri, Tak Sangka Video Viral – ‘Saya Nampak Dia Macam Pakai Tudung’

    Selain isu LHDN, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga terpalit dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta.

    Sekitar Januari lalu, Che Ta mendedahkan bahawa dia sudah membayar cukai kepada LHDN sebanyak RM50,000 secara tunai.

    " data-video-id="7471090372857302279" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Rozita Che Wan bersyukur apabila bebanan ditanggung sudah ‘hilang’ selepas berjaya menyelesaikan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tahniah ?? # #kinitrending #rozitachewan #cheta #selesai #bayar #hutang #mara #2025

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah