Penyanyi, Shila Amzah mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang legenda seni ketika melakukan ‘rehearsal’ untuk sebuah konsert yang dijadualkan diadakan pada Jumaat ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Ditawar RM10 Juta, Tolak ‘Offer’ Tanpa Fikir Panjang – ‘Mereka Nak Saya Buka Tudung’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Rindu ‘Perform’ Lagu Bahasa Melayu
Shila diganggu?

Menerusi muat naik di Instagram (IG), pemilik nama Nurshahila Amir Amzah berkongsi rakaman video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi di atas pentas diiringi barisan penari.
Dalam hantaran yang sama, ibu kepada dua orang anak itu mendakwa selebriti legenda itu telah menganggunya secara terbuka sehingga mencetuskan rasa anxiety.
Agak menakutkan bagaimana seseorang yang dipanggil legenda boleh menyerang saya secara terbuka di hadapan khayalak ramai.
Nasib baik awak sudah berumur. Awak telah mencetuskan rasa kebimbangan (anxiety) dan keselamatan saya.
Sementara itu, pembantu peribadi Shila iaitu Aini Shuhaidah tidak menyangka legenda itu bersikap tidak profesional kerana menyerang pelantun Memori Tercipta di hadapan khalayak ramai.
Susulan kejadian itu, Aini memaklumkan telah mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi Shila.
Laporan polis dan perintah sekatan sedang dalam proses.
Sumber: Instagram
The post Shila Amzah Dakwa Diserang? – ‘Seorang Yang Berpengalaman Bertindak Tidak Profesional’ first appeared on OHBULAN!.





