30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Buat Pertama Kali Shiha & Ieda Zikir Rangkul Gelaran Juara Mingguan Famili Duo, Persembahan Penuh Emosi Buat Penonton Menangis

    Shopee Sale



    shiha

    Duo beradik iaitu Shiha dan Ieda Zikir diumumkan sebagai duo terbaik pada minggu keempat Famili Duo Musim ke-4 (FD4) yang berlangsung pada malam Ahad.

    Kalahkan Tomok & Sharul

    famili dua shiha

    Bertemakan Idola & Lagenda, pasangan duo itu telah menyampaikan lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

    Bagi pemarkahan pula, mereka berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 64.07 peratus mengalahkan duo sepupu Tomok dan Sharul yang memperoleh 63.68 peratus.

    Menerusi kemenangan itu, Shida dan Ieda berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai habuan serta hamper tajaan Perfume Paradise.

    Juri tetap, Mas Idayu yang turut sebak dengan persembahan duo beradik ini memberi rating sebanyak 10 selain berpuas hati dengan persembahan mereka.

    Mummy tak ada komen, cuma saya boleh kata bagus.

    Penceritaan menyayat hati

    ROSYAM NOR

    Sementara itu, Rosyam Nor selaku juri tetap juga memuji idea yang ditampilkan Shiha dan Ieda selain menantikan kelainan yang akan ditampilkan oleh duo ini menerusi persembahan pada minggu akan datang.

    Saya tertarik dengan koreografi yang anda persembahkan. Dari segi penghayatan mungkin itu terbawa-bawa kerana itu terjadi pada diri anda. Pemilihan lagu yang baik, dan anda menyampaikan dalam satu penceritaan yang menyayat hati. Itu satu ucapan tahniah daripada saya.

    Setiap minggu anda menampilkan kelainan dan ada saja idea yang baik. Gerak tari koreografi mengikut alunan lagu itu yang buatkan saya hormat dengan persembahan awak berdua.

    Pada minggu kelima, keenam-enam duo akan menampilkan persembahan bertemakan dangdut.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kawal Sifat Peramah Sebab Perempuan Cepat Perasan’ – Diana Rafar Titip Pesanan Buat Suami Erra Fazira

    Dihoskan Sharif Zero dan Janna Nick, FD4 bersiaran langsung dari studio NTV7, Glenmarie Shah Alam dan dipancarkan terus di TV3, Ahad jam 9 malam.

    " data-video-id="7438263842330823957">
    @official Mata min dah bengkak sebab menangis tengok Famili Duo malam ni ??? Shiha & Ieda Zikir memang power ?#PerfumeParadise #baumacamparadise #spraysekaliwangi3hari # #fyp ? original sound OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah