Personaliti media sosial, Boss James menyorot perhatian dengan hantarannya yang berkongsi rezeki setiap bulan bersama para pekerjanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Digelar ‘Majikan Dari Syurga’, Netizen Ramai Nak Mohon Kerja – ‘Bestnya Dapat Boss Macam KA’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Peniaga Wanita Terbaik Yang Pernah Saya Jumpa Dalam Hidup Adalah Christy Ng’ – Boss James
Belanja pekerja
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Boss James atau nama sebenar James Ng memaklumkan kos bulanan mencecah empat ke lima angka sebagai tanda menghargai pekerja dibawahnya.
Menurut Boss James, penghargaan ini juga salah satu bentuk membina hubungan yang lebih akrab antara satu sama lain.
Inilah dia makan-makan kita bersama team setiap bulan.
Dulu makan-makan tak rasa pun, tapi sekarang 4 ke 5 angka.
Sakit poket juga tau. Tapi itulah, team makin besar perniagaan makin maju.
Inilah bentuk penghargaan kita. Bukan senang nak bawa team besar macam ini keluar makan.
Yang penting, makanan kena sedap, baru bahagia. Macam ini juga lah kita mengeratkan silaturahim antara kita.
‘Khairul Aming versi cina’




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti Boss James sekali gus menyifatkan dirinya sebagai Khairul Aming versi cina. Selain itu, warganet turut berseloroh untuk memohon kerja dibawah jagaan Boss James.
Sumber: Threads @bossjames____
The post [VIDEO] Boss James Berhabis Empat Angka Setiap Bulan Belanja Staf Makan, Netizen Doa Murah Rezeki first appeared on OHBULAN!.





