29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu sambilan didakwa edar lebih 569kg dadah

    Shopee Sale

    Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka atas lima pertuduhan mengedar 569.36 kilogram dadah, awal bulan lepas.

    Chai Koh Chun, 55, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Lelaki itu didakwa atas empat pertuduhan mengedar 568,360.08 gram dadah jenis 3,4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan satu lagi pertuduhan melibatkan ketamine seberat 1,003.30 gram.

    Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Samarinda 5, Taman Satu Krubong, Krubong, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira 4 petang 8 Mac.

    MENARIK:  China kecam serangan AS ke atas Iran

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif manakala peguam S. Paul Krishnaraja dan Chua Yong Yi mewakili lelaki itu.

    Mahkamah menetapkan tiada jaminan dibenarkan dan 18 Jun untuk sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah