
Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sekali lagi menerima pujian daripada netizen di media sosial selepas berkongsi video memaparkan dia menganjurkan majlis ilmu di kediamannya.
‘Berdakwah mengikut kemampuan kami’
Menerusi video yang dikongsikan, Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali bersama suami, Ardy Damis dan anak lelakinya, Ardy Wira dilihat sedang menyusun meja dan kerusi sebagai persediaan untuk majlis ilmu yang dilangsungkan di kediaman mereka itu.
Bukan itu sahaja, adik kepada pengarah Erma Fatima ini turut menyediakan beberapa cenderahati termasuk sepasang telekung kepada setiap jemaah yang hadir ke kelas Tadabbur Bayt Ar Rahman.
MasyaAllah Tabarakallah, segala puji bagi Allah SWT berusaha menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain dan berdakwah mengikut kemampuan kami.
Majlis ilmu yang dianjurkan oleh Betty turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Nora Danish, Azira Shafinaz, Elyana, Aprena Manrose dan ramai lagi.
‘Ya Allah, pahala mengalir’
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya memuji cara Betty dalam berdakwah serta berkongsi rezeki dan ilmu kepada orang lain.
Rezeki betul kan, ada rumah besar ‘penuhkan’ dengan majlis ilmu. Ya Allah, pahala mengalir
Allah pilih kak Betty sebagai wadah atau wasilah untuk sahabat artis lain menuntut ilmu bersama. Mampu, kerana Allah pilih. Moga Allah beri syurga tertinggi
Ikon selebriti yang patut dijadikan contoh yang sangat positif
Inilah gunanya rumah besar, suka tengok majlis macam ni
Rumah besar, betul-betul Betty manfaatkan





