Pelakon Dai Fuad, berkongsi mengenai kisah di sebalik pemilihan nama pentas yang kini menjadi identitinya di dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dai Fuad Pernah Gagal Uji Bakat, Rezeki Beralih Ke Kudrat 1968
Pemilihan nama pentas
Menerusi perkongsian podcast bersama Ashhrapp Channel, Dai Fuad atau nama sebenarnya, Muhammad Fuad Abd Rahman, 34, berkata, nama tersebut diberikan oleh senior dan rakan-rakan di sekolahnya.
Saya ini budak sekolah asrama, sebenarnya nama Fuad itu memang nama betul.
Budak-budak asrama ni kreatif dan semasa di sekolah itu ada empat orang nama Fuad. Bila panggil, empat-empat akan pandang.
Menurutnya, nama Dai itu diberikan oleh mereka berdasarkan nama kawasan tempat tinggalnya iaitu di Skudai, Johor, dan akhirnya menjadi nama panggilan yang digunakan sehingga kini.
Jadi nak memudahkan mereka panggil saya Dai.
Paling senang untuk bagi nickname adalah dengan menggambil dari nama tempat tinggal kita.
Saya tinggal di Skudai, Johor jadi mereka ambil dari situ. Maka jadilah Dai.
Mengulas lanjut, pelakon siri Kudrat 1968 ini memaklumkan bahawa, kedua-dua nama tersebut digunakan adalah sebagai tanda menghormati dan mengingati insan-insan penting di dalam hidupnya.
Fuad adalah nama yang diberi oleh ibu bapa saya dan saya menghormatinya. Tetapi setengah hidup saya selepas keluar dari Johor pada usia 12 tahun, semua orang memanggil saya dengan nama Dai.
Jadi, apabila saya masuk ke dunia hiburan saya nak kekalkan ia untuk memberikan hormat kepada orang-orang yang pernah ada sepanjang hidup saya.
Sebelum ini, ramai yang terkeliru dengan nama aktor tersebut dan menyangka bahawa dia pernah menyertai program realiti Islamik iaitu Da’i.
Sumber: TikTok Ashhrapp Channel
The post [VIDEO] Ramai Sangka Pernah Masuk Program Islamik, Dai Fuad Kongsi Kisah Di Sebalik Nama Pentas first appeared on OHBULAN!.





