29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zhiddin Aziz Ulas Kontroversi Menu Kedai Kopi Tanpa Bahasa Melayu

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz tampil memberikan pandangan berhubung isu menu sebuah kedai kopi yang didakwa hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin tanpa disertakan bahasa Melayu sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Lagi Yakin Beli Makanan Dengan Peniaga Yang Tak Pakai Sarung Tangan’ – Zhiddin Aziz

    Artikel Berkaitan: Private: Zhiddin Aziz Kesal, Dakwa Pengacara Majlis Tiru Ayat Tanpa Kredit – ‘Takkan Tak Reti Buat Sendiri?’

    Bahasa Melayu diketepikan

    Menerusi perkongsian di Threads, Zhiddin menjelaskan bahawa masyarakat tidak mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan perniagaan. Sebaliknya, mereka mempersoalkan tindakan menggunakan bahasa lain bersama bahasa Inggeris tanpa menyertakan bahasa Melayu.

    Masyarakat tak melenting pun apabila bahasa Inggeris digunakan.

    Namun, apabila bahasa lain turut digunakan tanpa disertai bahasa Melayu, itulah yang membangkitkan kemarahan.

    Isunya bukan terhad kepada bahasa Mandarin semata-mata.

    Penggunaan bahasa Tamil mahupun bahasa Rohingya tanpa disertai bahasa Melayu juga berpotensi mengundang kritikan yang sama.

    Kenyataan itu sekali gus menjelaskan bahawa persoalan utama yang dibangkitkan adalah mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bukannya penggunaan bahasa Mandarin secara khusus.

    MENARIK:  Anak Zainal Abidin Dakwa Dihalau Dari Rumah Ketika Umur 7 Tahun – ‘Kami Tak Mempunyai Apa-Apa Untuk Teruskan Hidup’

    Terdahulu, seorang individu mencetuskan perbincangan di media sosial selepas berkongsi gambar menu sebuah kedai kopi yang didakwa hanya menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

    Menerusi hantaran tersebut, individu itu meluahkan rasa kurang senang apabila bahasa Melayu tidak disertakan pada menu berkenaan.

    Perkara itu mengundang perdebatan mengenai penggunaan bahasa dalam industri makanan dan minuman, selain mencetuskan persoalan tentang kepentingan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan di Malaysia.

    Sumber: Threads

    The post Zhiddin Aziz Ulas Kontroversi Menu Kedai Kopi Tanpa Bahasa Melayu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah