31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: RM280 Juta Untuk PeKa B40, Kurangkan Tempoh Menunggu Hospital

    Shopee Sale

    Kerajaan memperuntukkan RM280 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh penjagaan kesihatan pencegahan untuk golongan berpendapatan rendah serta membantu mengurangkan tempoh menunggu di hospital awam.

    Daripada jumlah itu, sebanyak RM80 juta disediakan untuk Program Perkhidmatan Kesihatan untuk B40 (PeKa B40), manakala RM200 juta diperuntukkan bagi penyumberan luar perkhidmatan hospital awam menerusi Program Penyumberan Luar Perkhidmatan Hospital (HSOP).

    Peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu turut menyokong usaha memperluas akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta.

    PeKa B40 tawar empat manfaat kesihatan

    PeKa B40 diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada April 2019 dan ditadbir oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth).

    Program itu memberi tumpuan kepada keperluan kesihatan rakyat Malaysia berpendapatan rendah, khususnya dalam menangani penyakit tidak berjangkit.

    Antara manfaat yang ditawarkan termasuk saringan kesihatan percuma, bantuan peralatan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser di hospital KKM serta insentif tambang pengangkutan bagi rawatan yang layak.

    Bantuan peralatan perubatan merangkumi keperluan seperti alat bantu pendengaran dan kanta intraokular, tertakluk kepada keperluan klinikal serta syarat program.

    PeKa B40 terbuka kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

    Sejak diperkenalkan pada 2019 hingga 31 Ogos 2026, seramai 2.22 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat menerusi program berkenaan.

    RM200 juta bantu kurangkan tempoh menunggu hospital

    Selain memperkukuh penjagaan kesihatan pencegahan, peruntukan RM200 juta bagi HSOP bertujuan mengurangkan tekanan terhadap hospital dan klinik awam.

    MENARIK:  Individu Dakwa Leona Berpontensi Hidap Tiroid, Nasihat Buat ‘Check Up’ – ‘Leher Macam Ada Simptom Hyperthyroidisma’

    Menerusi program ini, pesakit KKM yang layak dan dirujuk oleh pakar boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan terpilih di fasiliti swasta yang menyertai program berkenaan.

    Langkah itu dijangka membantu memendekkan tempoh menunggu pesakit, selain mengoptimumkan penggunaan kapasiti dalam sistem kesihatan negara.

    Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Wan Mohd Hazwan Wan Mohd Najib, berkata peruntukan berkenaan mengukuhkan kepentingan kedua-dua program dalam memperluas akses kepada penjagaan kesihatan.

    Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Kerajaan MADANI dan KKM atas kepercayaan berterusan terhadap ProtectHealth untuk mentadbir program berkenaan.

    Kerjasama awam-swasta perlu diperkukuh

    Menurut Wan Mohd Hazwan, Belanjawan 2027 turut membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama awam-swasta dalam penjagaan kesihatan berasaskan pencegahan.

    ProtectHealth mempunyai rangkaian yang merangkumi 5,909 pengamal perubatan am swasta, 150 hospital KKM, 133 hospital swasta dan 227 makmal.

    Rangkaian itu membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia yang layak mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, selain membantu memastikan manfaat program disampaikan dengan lebih berkesan.

    Beliau turut menggalakkan klinik yang menyertai PeKa B40 supaya mengutamakan saringan kesihatan dan membantu pesakit memahami keadaan kesihatan mereka serta bantuan yang tersedia.

    Menurutnya, kerjasama erat antara sektor awam dan swasta penting bagi memastikan pelaburan kerajaan memberikan manfaat kesihatan yang bermakna kepada rakyat.

    The post Belanjawan 2027: RM280 Juta Untuk PeKa B40, Kurangkan Tempoh Menunggu Hospital first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah