33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Hanna Tak Kisah Redza Rosli Bawa Babak Pegang Tangan Pelakon Wanita – ‘Kahwin Dengan Pelakon, Kita Kena Faham & Jadi Profesional’

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Bella Hanna mengakui tidak kisah sekiranya suami, Redza Rosli melakonkan babak berpegangan tangan dengan wanita lain.

    Bella Hanna bersikap profesional

    " data-video-id="7427057466413780240">
    @ayu_klang Bella memahami tugas Redza sebagai pelakon,nape nak cemburu. #fyp #redzarosli #bella #artist ? original sound – Ayu Strong women

    Menerusi sesi siaran langsung, Bella atau nama lengkapnya Farhana Nabila Rosman, 28, memilih untuk bersikap profesional memandangkan dia memahami tugas dan tanggungjawab suaminya sebagai seorang pelakon.

    Memang kerja, kita kena faham. Kita kahwin dengan pelakon, kena jadi profesional lah. Bukannya dekat luar set dia pegang, di dalam set tak apa.

    Walau bagaimanapun, Bella berkata dia dan Redza tetap menjaga batas dalam setiap lakonan lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga.

    Jujurnya, saya tak kisah kalau itu kerja, Tapi mesti ada batas, lagi-lagi kalau kita dah berkahwin.

    Saya rasa setakat ini, Redza (suami) tak ada lagi buat babak daring. Setakat pegang, berlapik saya okay.

    Tambah pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu lagi, dia sebagai isteri sentiasa memberi sokongan kepada suaminya.

    Saya pun pelakon, dan saya harap dia pun faham juga. Dia kena pegang atas komitmen kerja.

    Jadi korang pun kena faham tugas seorang pelakon.

    Untuk rekod, Bella dan Redza mendirikan rumah tangga pada 21 Jun lalu di Forest Valley Hall, Cheras.

    MENARIK:  Anak Penjual Karipap Berusia 19 Tahun Sertai Ujibakat OIAM, Niat Nak Ubah Kehidupan Keluarga

    Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah