31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Astillah Berancang Untuk Merakam Semula Lagu Diari Ramadan Rafique – ‘Banyak Orang Baru Tahu Saya Adalah Penyanyi’

    Shopee Sale



    Bella Astillah

    Sebut sahaja drama popular Diari Ramadan Rafique, sudah pasti yang terlintas di fikiran kita adalah runut lagu (OST) drama tersebut yang menjadi siulan setiap kali tibanya bulan puasa.

    Rakam versi baharu

    Bella Astillah

    Mungkin ada segelintir yang baru tahu bahawa lagu tersebut sebenarnya dinyanyikan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 29.

    Menurut Bella, dia ada perancangan untuk merakamkan semula lagu berkenaan memandangkan versi lama dirakam ketika usianya 12 tahun.

    Lagu itu kan sudah lama, tapi setiap kali bulan puasa mesti ada yang baru tahu sayalah penyanyinya. Ada juga yang cakap “eh, Bella awak ke yang nyanyi?

    Saya nyanyikan lagu itu ketika umur saya 12 tahun. Itu yang versi lama, versi asal. Andai ada kesempatan dan rezeki mungkin saya akan rekod semula lagu tersebut. Perancangan keluarkan versi baharu memang ada.

    Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu berkata dia ada menerima undangan untuk membuat persembahan menyanyikan lagu berkenaan.

    Dapat jemputan untuk menyanyikan lagu itu pun ada. Cuma saya tak terima lah, sebab versi yang itu versi lama kan.

    Sekadar info, drama Diari Ramadan Rafique musim pertama ditayangkan pada 2006 dan mendapat sambutan yang hangat oleh penonton TV3 ketika itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Ernie Zakri Ada Perancangan Tambah Anak, Khawla Siap Tanya – ‘Nak Baby Kecil Boleh?’

    Pada musim pertama, drama ini mendapat sambutan baik apabila mencatat rating 2.8 juta penonton. Drama ini kembali menemui penonton dengan tajuk Diari Ramadan Rafique Reunion yang disiarkan pada Mei 2019.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah