Cef selebriti dan penyanyi, Dato’ Fazley Yaakob tampil memberikan nasihat buat mereka yang sedang berhadapan dengan proses perceraian.
Jangan kongsi di media sosial

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Fazley mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan aib atau masalah rumah tangga kepada umum demi menjaga kesihatan mental diri sendiri dan keluarga.
Bila nak bercerai lebih baik elakkan berkongsi perihal dim kain di media sosial. Nanti diri sendiri dan keluarga keluarga terganggu mental.
Masa share memang puas sebab tengah marah dan kecewa. Tapi lepas 2-3 hari bila netizen berkampung, baru rasa ‘kenapa netizen ni kejam?’. Jika tak nak orang masuk rumah, pintu pagar itu jangan dibuka langsung,
Sementara itu, pelantun lagu Asmara Ini menggariskan tips buat pasangan yang ingin berpisah iaitu dengan menyelesaikan urusan di mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman.
Di ruangan komen, Fazley turut menjawab keluhan netizen mengenai segelintir wartawan yang sering bertanyakan soalan sensitif dan mendesak.
Itu memang tugas mereka. Tak boleh salahkan wartawan. Kena bijak menjawab dan kawal emosi. Wartawan dah memang kerja dia begitu.
Yang penting mereka yang bekerja sebagai wartawan semua ada niat yang sama mencari rezeki dan menjalankan tugas yang diberi.
Hantaran di Threads


Sumber: Threads Fazley Yaakob
The post Fazley Yaakob Kongsi Tips Bercerai, Elak Buka Aib Di Media Sosial – ‘Kalau Tak Nak Orang Masuk, Jangan Buka Pintu Pagar’ first appeared on OHBULAN!.





