30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bekas Kekasih Ammar Alfian Trauma, Dakwa Terima Mesej Daripada Mangsa Lain – ‘Dia Target Wanita Muda’

    Shopee Sale



    Bekas kekasih kepada Ammar Alfian, Qhaisha menyatakan dia tidak dapat menjangka apa yang akan dilakukan aktor itu selepas memilih jalan untuk mendedahkan sikap sebenar kepada umum.

    Trauma & takut

    Ketika ditemui , Qhaisha, 26, berkata dia diselebungi dengan perasaan takut dan gementar sehinggakan tidak berani untuk keluar bersendirian.

    Dakwa Qhaisha, dia terngiang-ngiang dengan ugutan kata yang pernah dilemparkan Ammar sepanjang setahun empat bulan mereka bercinta.

    Sebenarnya dah lama dia buat saya rasa tak ada orang di belakang saya. Saya tak boleh cerita fasal ini kerana membuatkan saya rasa sedih. Saya akan mulakan rawatan psikologi dalam dua minggu lagi.

    Dari segi mental, saya tak okey. Saya sangat penat dan memberi kesan kepada tubuh badan saya. Saya tak tahu apa yang dia nak buat sekarang. Saya rasa gementar nak keluar seorang diri.

    Kalau keluar pun, kawan-kawan yang akan ambil. Nak pandu sendiri pun susah. Sebab takut sangat dengan ugutan-ugutan yang pernah dia berikan.

    Saya gembira juga sebab dapat sokongan penuh daripada keluarga, kawan-kawan dan kenalan di media sosial.

    Mangsa lain

    Menurut Qhaisha, dia mendakwa menerima mesej daripada wanita lain juga yang pernah mempunyai hubungan dengan Ammar.

    Selepas saya kongsikan di media sosial, saya dengar macam-macam cerita fasal dia dari sebelum kewujudan saya.

    Kebanyakan mangsa takut dengan ugutan dia yang saya rasa ayat-ayat dia semua copy paste dari dulu sampai sekarang.

    Knowing that dia target wanita muda terutamanya macam saya 12 tahun lebih muda daripada dia. Mula-mula kenal rasa sweet sebab dapat boyfriend tua.

    Kita rasa dia akan melindungi dengan cara yang baik tetapi how are you protecting me, in a way you hurting me.

    Dalam pada itu, Qhaisha berkata dia sedang menunggu hasil siasatan pihak polis dan menyerahkan kepada peguam untuk tindakan undang-undang.

    MENARIK:  [VIDEO] AG Hot FM Raih Pujian Bantu Habiskan Jualan Peniaga Di Bazar Ramadan – ‘Jelas Wajah Gembira Pada Mak Saya’

    Pada Isnin, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul Ammar sewaktu menjalinkan hubungan cinta dengan mendedahkan beberapa foto memaparkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, leher, mata dan tangan.

    Bagaimanapun, pelakon berbadan sasa itu menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.

    Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan kontroversi memukul kekasihnya yang ketika itu aktres Puteri Sarah pada tahun 2011.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah